Archive | Oktober 2008

Alfu Mabruk…!

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirahim…

Hari ini ana dan ayesha berjumpa dengan kawan arab kami,namanya Shaima.Sebenarnya dah lama tak jumpa dia sejak balik Malaysia hari tu.

Permulaan perkenalan kami ialah pada bulan Julai yang lalu,pada malam Walimah adik ustazah Rehab(Ustzh kat Dar Raudhah).Waktu tu Shaima adalah salah seorang daripada ahli group yang buat persembahan di majlis tu.Dari situ kami bertukar no hp dan berkenalan.Seminggu selepas itu dia call ana sebab nak ajak keluar jalan-jalan.Ana  dan asha pun setuju dan kami keluar,waktu tu sebenarnya lagi beberapa hari lagi kami nak fly balik Malaysia dah.First time keluar dgn dia,dia bawa sekali adiknya yang bernama Marwa(ade kembar seiras namanya Fatimah).Kami waktu tu sekadar berjalan di pesisiran pantai Alex daripada Mansheya sampai la ke Qal’ah Qaitbay(jauh tu….) tapi mungkin sebab kami banyak bersembang dan bertaaruf so, tak terasa la kejauhan tu,sampai ana ngan asha pun tak sangka bole jalan sejauh tu.Hehe..

Tapi kali ni ana ngan asha jumpa dia kat depan Gama’ Ibrahim je.Lagipun kami pun baru habis kelas prktikal  Community Medicine.So,kami just jalan-jalan kat Taman berhadapan dengan Gama’ Ibrahim.Waktu duduk-duduk tu Shaima dengan gembiranya menceritakan kisah pertunangan dia.Rupa-rupanya malam selepas dia bertemu dgn kami baut kali pertama tu lelaki yg bakal menjadi tunangnya tu pergi berjumpa dengannya buat kali pertama.Tapi katanya ni semua ialah aturan keluarga.Lelaki itu pun dia tak pernah kenal,tapi dia setuju untuk terima lelaki tu.Alhamdulillah…kini dia telah pun bertunang!  Menurutnya insyaAllah dia akan berkahwin pada tahun depan pada bulan 6.

Lepas tu,kami bersembang panjang dan kami juga bertukar-tukar hadiah dengan dia.Azan maghrib berkumandang,dan kami pun berpisah balik ke rumah masing-masing.Seronok rasenya bile kawan dah bertunang.Apepun ana tak sabar nak pergi kenduri kawin Shaima…

Buat Shaima,

Alfu Mabruk…! Inni Uhibbuki Fillah…

Advertisements

Dilema

Assalamualaikum…

Sebenarnya,ana suke dengar lagu ni sebab liriknya membuat ana berfikir.

Kali ni ana nak kongsi lagu ini bersama org lain

Ibrah dari Peristiwa Uhud

Muhammad Utusan Terakhir

Muhammad Utusan Terakhir

Hari ini ana telah menghadiri kelas tafaqquh.Tajuk yang dibincangkan hari ini adalah semangat MENARIK.Ianya telah benar-benar mengetuk kotak fikiran ana selaku umat akhir zaman yang mengaku cintakan Nabi dan Risalahnya.Mungkin faktor pembentangnya(Kak Kauthar) yang bercerita dengan penuh perasaan juga telah menyebabkan ana tambah menghayati peristiwa ini.Secara peribadi bagi ana kisah Uhud jika dihayati bukan sekadar peristiwa kekalahan umat Islam(hakikatnya ia bukanlah kekalahan yang nyata) tapi apa yang paling penting ialah kemenangan jiwa mukmin pada ketika itu hasil tarbiyah Rasulullah S.A.W.

Ana tak ingin bercerita panjang mengenai sirah ghazwah Uhud secara detail,tapi mungkin cukuplah sekadar ana berkongsi sedikit sebanyak tentang pahlawan atau syuhada Medan Uhud.

Nusaibah(Ummu Ammarah)

Dalam peristiwa uhud beliau telah menunjukkan kehebatan sebagai serikandi muslimah.Ketika peperangan sedang sengit,beliau cuba melindungi Rasulullah yang ketika itu diserang oleh Abdullah ibn Qum’ah.Abdullah ibn Qum’ah telah memukulnya,sehingga terjatuh pedang dari tangannya.Pada ketika itu beliau terfikir untuk lari tetapi apabila beliau berpaling ke belakang dan melihat Rasulullah keseorangan tanpa pembantu beliau terus thabat untuk melindungi Nabi S.A.W sehingga beliau tercedera.Kemudian anaknya Hubaib ibn Zaid datang untuk membantunya.Beliau menolak pertolongan anaknya dan berkata: Tinggalkan aku,pergi bantu Nabi..!.

Rasulullah bertanya kepada ummu Amarah:“Apa yang membuatkan kamu mampu berbuat begitu..?” Nusaibah pun menjawab: “Aku mampu..!Aku mampu..! Cuma aku ingin meminta satu perkara daripadamu wahai Rasulullah aku ingin menjadi murafiq kamu di syurga ” lalu Nabi pun menjawab: “Bukan kamu seorang sahaja bahkan ahli keluargamu akan menjadi murafiq ku di syurga”

Subhanallah..begitulah tingginya cita-cita Ummu Ammarah untuk bersama dengan Nabi di Jannah,sehingga dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi melindungi Rasulullah walaupun beliau seorang WANITA sepertiku.

Jabal Uhud-kwsn ditempatkan pasukan pemanah

Jabal Uhud-kwsn ditempatkan pasukan pemanah

Amru ibn Jamuh

Beliau merupakan seorang yang tempang dan mempunyai 4 orang anak.Ketika sampai seruan jihad beliau ingin turut sama berjuang namun anak-anaknya menghalangnya memandangkan keadan fizikalnya yang tidak baik.Namun beliau bertegas ingin turut sama berperang.Lalu anak-anak beliau datang kepada Rasulullah mengadu tentang perihal bapa mereka.Kemudian Rasulullah pun berkata kepadanya: “Wahai Amru,kamu ingin turut berperang tetapi kamu tempang” Maka beliau pun berkata:”Biarkan aku wahai Rasulullah,aku ingin masuk ke syurga dengan kakiku yang tempang ini..”

Kemudian beliau pun pergi berperang,apabila melihat semula Kota Madinah dari jauh beliau berdoa: ” Wahai Tuhanku jangan kembalikan ku  ke Madinah” .Perang pun bermula dan akhirnya beliau mati syahid.Nabi S.A.W. bersabda:“Aku melihat Amru ibn Jamuh masuk ke syurga dengan kakinya yang tempang,Allah telah menunaikan permintannya”

Begitulah kawan-kawan betapa tingginya cita-cita mereka untuk SYAHID walaupun mempunyai kekurangan fizikal.Tapi kita yang serba sempurna ini pernahkah menyimpan impian untuk syahid di jalan Allah.Subhanallah…semoga kita tergolong didalam golongan yang mendapat taufiq hidayah-Nya…

Abdullah ibn Jahsy

Pada satu hari sebelum bermulanya perang Uhud beliau telah duduk bersama dengan sahabatnya sambil bersembang.Kemudian beliau bertnya kepada sahabatnya:“Apa impian kamu?” Sahabatnya menjawab:” Aku mengimpikan untuk berjumpa dengan seorang pahlawan Quraisy yang gagah,kami berlawan,dan aku membunuhnya”

Lalu Abdullah ibn Jahsy pula berkata: “Aku pula mengimpikan bertemu dgn seorg pahlawan Quraisy yang sangat gagah,kami berlawan,dan aku berjaya mambunuhnya.Kemudian aku berjumpa lagi dengan pahlawan yang sangat gagah,kami berlawan lalu dia berjaya membunuhku,membelah perutku,mengerat hidungku,memotong telingaku.Kemudian apabila datang Tuhanku pada hari Qiamat dan bertanya kepadaku-Wahai Abdullah kenapa kamu jadi begini?- Maka aku pun berkata,kerenaMU ya Allah,demiMU Ya Allah”

Salah seorang sahabat menceritakan bahawa dia telah melihat mayat Abdullah ibn Jahsy dalam keadaan terbelah dada,terpotong telinga dan hidungnya…

Hampir menitis airmata ana mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut kak kauthar ketika itu,pedih juga terasa kerongkong ini menahan sebak di dada.

Begitulah impian rijal-rijal generasi sahabat yang tinggi himmahnya demi menegakkan agama Allah.. Namun apakah pula impian shabab zaman kini??? mampukah kita menjadi seperti sahabat san sahabiah dalam Peristiwa Uhud ??? Sesungguhnya peristiwa ini betul-betul telah menampar pipi,dan menyentuh hati ana untuk menilai kedudukan diri sendiri pada pandangan Allah.

Harapnya,post ini dapat menambah pengetahuan antum dan pada masa yang sama mengejutkan antum dari lena supaya bangkit bekerja untuk agama yang mulia ini..

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah ISLAM”

Wassalam

Seteguh Zainab Al-Ghazali…[part 1]

Buku yang telah ana habiskan ketika soifi'08'

Buku yang telah ana habiskan ketika soifi

Hari-hari dalam hidupku…….. Ada apa dengan buku ni?
Buku ini menceritakan tentang kisah perjalanan hidup seorang daie yang sejati dizaman pemerintahan Jamal Abdul Naser.Ana baca buku ini waktu cuti summer aritu,buku yang sangat menarik bisa menitiskan airmata kita ketika membacanya.. Ape yang menyentuh perasaan ana apabila mambaca buku ini ialah apabila melihat besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Zainab Al-Ghazali dalam mangharungi liku-liku da’wah yang mencabar. Kagum macam mana beliau sanggup menghadapi segala macam siksaan yang sangat dahsyat dan kejam demi mempertahankan kebenaran yang dibawa beliau iaitu ISLAM. Secara ringkasnya untuk berkongsi dengan kawan-kawan ana nak ceritakan serba sedikit tentang Zainab Al-Ghazali,tapi kalo antum nak tahu lebih banyak bacalah sendiri buku ini!!

Serikandi sejati Zainab Al-Ghazali

Serikandi sejati Zainab Al-Ghazali

Nama penuh beliau ialah Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili yang merupakan seorang pejuang dakwah.Beliau lahir di tengah-tengah keluarga yang menekankan kepentingan pendidikan islam.Sejak remaja lagi beliau bertekad untuk mewakafkan dirinya untuk menegakkan kesucian Islam.Beliau telah mengasaskan penubuhan ‘Jamaah Muslimat’ pada tahun 1937.Jamaah muslimat merupakan satu pertubuhan yang bertujuan memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam,membantu keluarga-keluarga yang mana suaminya telah dipenjarakan oleh pmerintah Mesir pada waktu itu.

Kegigihan dan keikhlasan beliau di atas jalan dakwah telah menemukan beliau dengan as-syahid imam Hassan Al-Banna(pengasas ikhwanul muslimin).Pertemuan ini telah menyebabkan beliau kemudiannya memberikan baiahnya kepada Hassan Al-Banna dan menjadi anggota Ikhwan.Ini kerana beliau yakin bahawa bekerja untuk menegakkan negara Islam adalah wajib dan kerja-kerja itu hendaklah melalui sebuah jemaah Islam.

Jika nak diceritakan secara terperinci sejarah hidup Zainab Al-Ghazali bermula daripada bagaimana beliau dipenjarakan sehingga saat beliau keluar dari situ mungkin terlalu panjang,oleh itu saya akan ceritakan secara ringkas sahaja.
Ia bermula apabila Jamal Abdul Naser(presiden Mesir pada ketika itu) membenci Zainab Al-Ghazali dan mengeluarkan perintah pembubaran ‘Jamaah Muslimat’ dan menghentikan penerbitan Majalah Muslimat.Pernah juga Markaz Am Jamaah Muslimat ini diserbu masuk oleh talibarut Jamal Abdul Naser(selepas ini akan ditulis JAN).Mereka menggeledah,merampas dokumen dan mengusir 120 org wanita dan anak-anak yatim.Terdapat juga usaha untuk membunuh Zainab Al-Ghazali oleh regim JAN walaubagaimanapun percubaan itu tidak berjaya.Sesungguhnya Allah melindungi hamba-Nya yang bertaqwa,dan Allah lah sebaik-baik pelindung.

Selepas itu,Regim JAN telah menjalankan penangkapan secara besar-besaran ke atas ahli Ikhwan.Antara tokoh yang tertangkap ialah penulis tafsir yang amat terkenal iaitu As-Syahid Syed Qutb.Dalam masa 20 hari sahaja, regim JAN telah menangkap seramai 100 000 orang anggota ikhwan.Pada tanggal Jumaat,20hb Ogos 1965 tibalah giliran Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ditangkap oleh taghut JAN.
Zainab Al-Ghazali ditangkap dirumahnya ketika talibarut JAN menyerbu rumah beliau.

Nampaknya,ana tak dapat habiskan kisah Zainab Al-Ghazali pada kali ini,insyaAllah ana akan sambung pada post yang akan datang.
Wassalam…

My second blog

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah ana telah berjaya membuat satu lagi blog.Sebenarnya saja-saja nak tukar angin try wordpress pulak hehe… apepun tujuan sebenar ana menulis blog adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana ada..

Sekian dulu buat kali pertama

Assalamualaikum…