Archive | November 2008

A Birthday Present ..!(^_^)

present from Ina

present from Ina

Bismillahirrahmanirahim…

A special thanks to my beloved ukhti INASAN for the ‘hadeya’. Actually I don’t know what to say anymore about the present as I’m very surprised and touched with it.It is such a meaningful birthday present I ever had…! Full of sentimental values..!

For Ina (i hope she’ll read my blog) : “inni uhibbuki Fillah..”

kenangan di KMS 3 tahun dulu tersemat dalam ingatan

kenangan di KMS 3 tahun dulu tersemat dalam ingatan

Advertisements

Munajat Seorang Hamba…

Bismillahirrahmanirahim,

Mari berhibur bersama Islam.Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah….

taubat

MUNAJAT SEORANG HAMBA

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Lelaki itu..

Masjid Nabawi menyimpan seribu satu kenangan

Masjid Nabawi menyimpan seribu satu kenangan

Lelaki itu seorang guru,dia juga seorang bapa,seorang anak,seorang peniaga,seorang hakim,seorang penggembala kambing,dan seorang pemimpin negara…

Walaupun siapa dia yang sebenarnya dia tetap ingin menjadi seorang HAMBA dan juga KEKASIH..

Hatinya suci,Akhlaknya luhur,Himmahnya tinggi…Itulah peribadi Nabi junjungan S.A.W.

Si Buta melemparkan kata-kata yang hina,dibalasnya dengan suapan makanan,

Muslimin mengikat 1 biji batu di perut,Baginda mengikat 2 biji batu,

Penduduk Thaif menolak dakwahnya, Baginda masih lagi boleh berdoa untukkebaikan mereka..

Dimanakan ku cari ganti serupa denganmu…wahai Rasul utusan Allah

Itulah yang ana terfikir apabila menyelami semula sirah nabi.Seperti biasa setiap hari Jumaat ana akan menghadiri ‘kelas tafaqquh’ di rumah kak kauthar,dan tiap kali juga hati ana tersentuh dengan LELAKI ITU..

Sememangnya Lelaki itu bukan lelaki biasa,dia adalah seorang Maksum,namun dialah yang paling banyak beristighfar memohon ampun kepada Allah,dia jugalah yang paling banyak beribadah di tengah malam sehingga bengkak-bengkak kakinya itu.

Ana tertarik dengan satu peristiwa dimana seorang kafir datang kepadanya dengan tujuan untuk membunuh. Kafir itu meletakkan pedangnya di kepala Rasulullah dan berkata:”Apa yang dapat menghalangaku dari membunuhmu??”. Lalu Rasulullah pun menjawab dalam nada yang yakin: “Allah”. Terdengar sahaja jawapan penuh keyakinan dari mulut Nabi Allah itu,terjatuh pedang kepunyaan kafir itu kerana terkejut.Dengan pantas Rasulullah mengambil pedang itu dan bertanya semula kepada kafir itu soalan yang sama.Lalu Rasulullah mengajaknya untuk memeluk Islam namun kafir itu menolak dan berjanji kepada Rasulullah:” Aku tidak akan memerangi kamu lagi dan aku juga tidak akan bersama denga orang yang memerangi kamu” Rasulullah dengan hati yang tenang melepaskan Si Kafir yang hendah membunuhnya tadi…

Betapa mulianya nurani Nabi Allah ini,orang yang nak membunuhnya pun dilepaskan,pulak tu masih lagi sempat mengajak musuhnya memeluk Islam.Subhannallah….Memang lelaki itu bukan lelaki biasa.Benarlah dia adalah utusan akhir zaman…

Yang ana kagumi ialah Rasulullah tak pernah melupakan tujuan utama baginda diutuskan iaitu berdakwah dan mengajak manusia mentaati Allah,sehingga dalam keadaan kritikal seperti itu pun masih sempat mengajak manusia menyembah Allah yang Satu.Tapi kita ini baru saja sibuk dengan belajar,jadi mentor SC,jadi AJK chapter dah culas dalam melaksanakan kewajipan yang satu itu.Jangan kan berdakwah nak membaiki kelemahan diri sendiri pun susah,nak mengkhusyukkan diri dalam solat pun payah..Bile terfikir terasa jauh sangat diri ini dari  Rasulullah,apatah lagi nak menjadi Murafiq baginda di syurga seperti Nusaibah.

“Allahumma thabbit qulubuna ‘ala dinika,wa tho’atika,wa syukrika,wa husni ‘ibadatik…””

Wassalam…