Archive | Disember 2008

Lukisan Alam

Bismillahirahmanirahim…

Sebenarnya dah lama tak menulis blog ni,tiba-tiba hari ni terbuka pula hati ini untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

Ana sekadar nak berkongsi sebuah lagu nasyid yang menarik,sebelum ini ana selalu je dengar lagu ini tapi tak pernah menghayatinya hingga pada suatu hari beberapa bulan yang lalu ukhti Mica telah membuka mata ana tentang maksud yang tersirat disebalik lagu ini..terima kasih kak Mica (^_^)

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

LUKISAN ALAM

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Advertisements

Di sisi Adam, ada Hawa

hantaran pengantin

hantaran pengantin

Bismillahirrahmanirahim….

Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir”

Di sini ana nak mengucapkan alfu mabrook kepada kak Nik Nabihah yang baru sahaja dinikahkan dengan ust Sirajul Afkar pada 22 Disember 2008 lalu…

Selamat Pengantin Baru!!!

Semoga kak Nik bahagia selalu, thabat dalam tarbiyah & dakwah

bergambar dengan kak nik yang berseri-seri

bergambar dengan kak nik yang berseri-seri