Archive | Januari 2009

Imtihan vs inflammation

ikhwanifiimtihan1280x8001

Examinitis! Inflamation yg berlaku pada fatrah imtihan.Hehe..Kalo cari memang takde dalam mane-mane kamus Medic.Tapi,kalau cari kat kamus hidup ana mungkin jumpa! Inilah yang melanda diri sejak beberapa hari yang lalu,walaubagaimanapun masih lagi di tahap stabil,maksudnya tiada sebarang komplikasi lagi..alhamdulillah

Exam memang menakutkan! Ada seorang ukhti pernah bagi satu ayat yang buat ana berfikir panjang…

“Dan apa-apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu,tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

[Al-Baqarah:110]

Kadang-kadang apa yang buat kita takut@nervous@seghiau sebenarnya ialah ble kite fikir tentang ‘result’ atau dalam perkataan lain” aku mesti kene skor exam  ni..”. So,bila ana tadabbur semula ayat ni,apa yang ana dapat simpulkan ialah ‘usaha’ ialah perkara yang super penting dan Allah Maha Melihat dan memberikan ganjaran atas setiap usaha yang kita curahkan…manakala ‘natijah’ itu hanyalah urusan Allah… Bila set mind macam tu,kita akan rase relief siket sebab bukan ‘result’ lah yang segala-galanya,tapi ganjaran di sisi Allah lah yang lebih awla dan indah dari segala-galanya..To be honest,sebenarnya,dah lama tahu perkara ni tapi selalu jugak lupe…Huhu(=<)

Mungkin post kali ini ialah peringatan untuk ana buat kesekian kalinya dan juga peringatan buat pembaca post  ini.

“ Allahumma najjihna fi kulli imtihan(3x) “

Semoga Allah memberikan ana kejayaan di DUNIA & AKHIRAT…

Hamba yg selalu lupa

Hujan Assignment?

sediakan payung sebelum hujan..(^_^)

sediakan payung sebelum hujan..(^_^)

Bismillahrahmanrahim…

Rase-rasenya ape yang ana nak tulis dalam kali ni ek! Ntahla.. mungkin di Malaysia kita kerapkali dengar tentang musim hujan especially kalau hujung tahun mesti ada negeri yang akan banjir, eg:Kelantan.Tetapi Di Alexandria lain pulak ceritanya, kami sume dihujani dan dibanjri dengan ‘assignment’ yang tak henti-henti.Fuh! letih jugak sebenarnya buat assignment banyak-banyak ni.. tension pun ade jugak kadang-kadang tu. Tapi kalau dilihat dari sudut yang positif ada banyak jugak kebaikannya buat assignment,contohnya buat kita lebih ‘think out of the box’ takdela baca buku department je dan juga buat kita belajar untuk researh dan cari maklumat extra from other sources. Perkara ini penting sebagai seorang Dr sebab  Medic is all about life-long learning,bukan terhenti setakat habis degree sahaja.Kita sebagai Dr perlu sentiasa up to date dengan perkembangan perubatan terkini in order to serve the best for our patient. Dalam erti kata lain kita perlu ihsan dalam bidang yang kita ceburi ini..bukan setakat menjadi Dr biasa but an extraordinary Muslim Doctor.Buat sehabis baik untuk pesakit kita nanti,semoga Allah pun memberikan kita ganjaran yang terbaik atas usaha yang kita lakukan itu.

Tapi kita pun janganla up to date dalam Medic sahaja,perlu juga tambah nilai diri dari segi manhaj hidup iaitu Islam.Janganlah merawat pesakit secara fizikal saje kerana hati juga penting untuk dirawat. Hadith nabi S.A.W ada menyebut:

“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya.Apabila ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya”

(riwayat Bukhari & Muslim)

Berbalik kepada isu assignment tadi,memang bile terlalu banyak perkara yang kite perlu buat dalam masa yang sama kite cenderung untuk rase ‘tension’.Walaubagaimanapun kita harus ingat sunnatullah mengatakan sesuatu kejayaan bukan diperoleh dengan mudah.

“Maka sungguh,setelah kesultan itu ada kemudahan(5) Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan(6)”

(Al-Insyirah:5-6)

Oleh itu,jadikanlah ayat ni sebagai motivasi kita..

Muhammad-the last episode

Masjid Nabawi

Masjid Nabawi

Bismillahirahmanirrahim..

Semalam, ana telah menghadiri kelas tafaqquh,setelah tawaquf selama 2 minggu.Sebenarnya,ade juga kelas-kelas sebelum ini tak dapat hadir atas urusan tertentu.Mungkin juga satu hikmah terselindung dari Allah buat hamba-Nya yang berfikir,Rehlah ke Rasyeed di batalkan oleh pihak Universiti dan alhamdulillah ana dapat pergi ke kelas tafaqquh untuk mendengar episod-episod akhir hayat kekasih Allah.Syahdu..

Khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi pada tahun ke-10 H ketika baginda menunaikan haji Wida'( Haji pertama dan terakhir bagi Rasulullah).Ketika itu baginda berumur 63 tahun.Pesanan dan wasiat itu telah dilontarkan di Lembah Uranah,Arafah oleh Utusan Allah 3 bulan 3 hari sebelum kewafatan baginda..

Padang Arafah

Padang Arafah

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.

Allah SWT telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

Raudhah-tempat bersemadinya Rasulullah

Raudhah-tempat bersemadinya Rasulullah

Inilah pesanan dari Kekasih, yang sangat mencintai umatnya hatta saat diri direnggut maut masih lagi memikirkan tentang kita,tapi malangnya kita jarang sekali ingat padanya..

Ana teringat satu kisah ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku,beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku,Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Betapa rindunya Rasulullah pada kita..Allahumma salli ala muhammad..

Ada satu lagi kisah yang menyentuh kalbu, ketika mana Rasulullah sedang sakit tenat dan baginda dapat melihat kerisauan para sahabat terhadap baginda lalu berkata: “Wahai sahabatku, aku melihat kamu semua seperti bimbang akan diriku”, lalu sahabat berkata: ” ya, Wahai Rasulullah..” baginda berkata: “Wahai sahabatku,sesungguhnya janji kamu bersama aku bukanlah di dunia  tetapi di telaga kauthar,Demi Allah ,aku seperti dapat melihatnya”

Gembira rasanya bile Rasulullah berkata begitu,seperti dah buat appoinment dengan baginda di akhirat nanti.Tapi ana terfikir juga,layakkah diri ini untuk minum air dari tangan seorang Nabi Allah? Masih banyak lagi sunnahnya yang belum diamalkan,betapa kurangnya ana berselawat ke atas baginda S.A.W…Semoga Allah memberikan ana kekuatan..

Walaupun tajuk entri kali ialah Muhammad-the last episode,yang berakhir cumalah hayat Sang Kekasih yang bernama Muhammad S.A.W.Tetapi risalah yang dibawanya akan terus subur memekar dalam hati umatnya yang soleh dan musleh,semoga ana tergolong di kalangan mereka.Amin Ya Rabbal Alamin..

Palestinku berdarah lagi

masjid Al-Aqsa kota suci ke-3 umat Islam

masjid Al-Aqsa kota suci ke-3 umat Islam

Bismillahirahmanrahim…

alhamdulillah, bersyukur rasenya majlis solat hajat untuk saudara seislam kita di Palestin berjalan yang diadakan di rumah ana berjalan dengan lancar.Selain solat hajat,bacaan yaasin,solat jenazah ghaib dan tazkirah ringkas juga turut diadakan.Seronok jugak sebab kehadiran memuaskan,lebih kurang 23 org yang hadir untuk kawasan azarita,alhamdulillah ramai yang dah ada kesedaran dan peduli tentang Palestin.

Tiba-tiba ana teringat sepotong hadith daripada junjungan kita S.A.W:

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran & berjuang menentang musuh-musuh mereka,barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak akan sekali-kali dapat melukakan mereka ,mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehingga datang keputusan Allah & mereka akan tetap sedemikian” ,Maka para sahabat pun bertanya,”Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?” , sabda baginda”Mereka berda di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”

Sesungguhnya kata-kata kekasih Allah memang benar,kerana sememangnya itulah yang berlaku,sehebat mana bedilan bom oleh Yahudi Laknatullah,tak akan dapat melemahkan rakyat Palestin,malah semakin meledak semangat mereka.Mereka tak pernah berputus asa mahupun melarikan diri walaupun negara-negara Arab sendiri tidak membantu mereka,kerana mereka yakin dengan bantuan Allah.

Dan ana juga teringat tentang sepotong hadith Nabi S.A.W:

“Barangsiapa yang tidak peduli tentang urusan orang mukmin,maka mereka bukan daripada kalangannya”

Keadaan di mesir sama sekali berbeza dengan keadaan di tanah air,rasenye dalam masa seminggu ini sahaja telah banyak demonstrasi yang berlaku untuk menunjukkan bangkangan mereka terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan Israel.Selepas Jumaat tadi pun ada demonstrasi yang berlaku di hadapan rumah ana di Gami’ Ibrahim.Disini kita dapat lihat tahap kepedulian masyarakat Mesir terhadap Isu Umat Islam berbanding masyarakat Malaysia.Laungan-laungan yang diseru sangat membangkitkan semangat! Sekalipun ana tidak begitu memahami butir bicara itu,tapi jelas kelihatan wajah kesatuan umat…

Sehingga hari ini telah genap hari ke-7  regim zionis membedil Gaza dan angka kematian mencapai 428 orang. Allahumma nsuri ikhwana fi filistin..

Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan

Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan

Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..

Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..

Ana juga terfikir tentang diri sendiri dan umat. Rakyat Malaysia mungkin menyambut tahun baru dengan percikan bunga api tetapi rakyat palestin menyambut tahun baru dengan bedilan bom yang tak henti-henti.Saudara kita di Palestin sangat suka dan bersemangat menuntut ilmu sekalipun dikekang,tetapi remaja Islam di Malaysia tidak mahu belajar walaupun  tiada sebarang  tekanan yang di hadapi.

Dan sesungguhnya Palestinku berdarah lagi dan siapakah yang bakal menghentikan pendarahan ini? Siapa lagi kalau bukan pemuda pemudi zaman ini, pemuda seperti Salehuddin Al-ayubi…

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”