Archive | Februari 2009

Wajibat 38

3226265295_250c153f48

Bismllahirrahmanirahim…

Hari ni ada seorang ukhti mengingatkan ana tentang wajibat 38…

Jadi terdetik pula di hati ni untuk berkongsi tentang wajibat ni bersama orang lain.

[Ini ana copy paste dari blog ust.Halim-Ini jalanku]

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38

  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20. Jauhi riba.
  21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

Semoga ana istiqomah dalam memperbaiki diri…

Ya Allah,kerana Mu hidupku indah..

Advertisements

Satu Janji

Bismillahirahmanrahim….

taubat

Ada apa dengan janji??

Ia bukan janji biasa kerana ia bukan CINTA biasa

Bukan janji seorang kekasih kepada buah hatinya,mahupun janji seorang sahabat kepada teman karibnya..

Tetapi ia adalah janji suci

Janji hamba kepada Tuhannya, janji makhluk kepada khaliqnya

Janji I

“Bukankah Aku ini Tuhanmu; bahkan kami bersaksi”

[Al-Quran]

Ya! Janji yang telah diikat,teguh terpatri sejak azali..

Janji II

“…Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam”

[6: 162]

Tanpa aku sedari, aku telah banyak kali berjanji bahawa hidupku matiku keranaMu ya Allah..

Demi mencari REDHA-Mu Rabbi..

Janji III

“Wahai orang-orang yang beriman,mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?.Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

[61: 10-11]

Urusniaga antara hamba dan Tuhannya

Mentaati-Nya dalam RELA jua TERPAKSA

Peringatan I

“Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan jangan kamu mengkhianati amanahmu”

[Al-Quran]

Wahai jiwa yang sering lemah..

Jangan dikhianati Tuhan,KekasihNya,amanahmu dan janjimu..

Peringatan II

“Katakanlah wahai Muhammad: Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai menjadi perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk AgamaNya; maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksanya)…”

[9: 24]

Ya muqallibal qulub thabbit qulubuna ‘ala dinik wa ‘ala thoatik wa ‘ala jhadi fi sabilik..

Pelawaan Indah

“ Wahai jwa yang tenang;Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan kamu berpuas hati dan redha (di sisi Tuhanmu);Serta masukla kamu ke dalam golongan hambaKu yang berbahagia;Dan masuklah ke dalam syurgaKu!”

[90: 27-30]

Bagaimana untuk menyambut pelawaan yang indah itu??

-Kotakan janjimu…!!! & berusaha lah demi menunaikan amanah yang terpikul di bahumu..!!

Ingatlah wahai jiwa yang sering lupa..

‘Yang dinilai bukanlah siapa yang terlebih dahulu berjanji tetapi siapa yang terlebih dahulu menunaikan janjinya’

Taqabbalallahu minna wa minkum..

Wahai Tuhan.. keranaMu hidupku ini INDAH…

090207

Manusia dan cermin

"hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab"-umar

"hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab"-umar al-khattab

Bismillahirahmanirahim..

Setuju @ tidak apabila ana katakan apa yang kita lihat,dengar,baca dan tulis mencerminkan diri kita yang sebenarnya?? Dan kita boleh menilai seseorang secara kasar dengan melihat apa yang dia tengok,dengar baca dan tulis.

Kenapa ana kata begitu?sebab, apa yang dilihat,dibaca dan didengarlah akan membentuk fikiran@ mindset seseorang,dan dengan fikiran dan mindset itu jugalah yang melahirkan kata-kata ataupun tulisan secara spontan.Jikalau baik akal itu maka baiklah hasilnya,sebaliknya jika rosak yang  di kepala itu maka hasilnya pun tidak baik.Oleh itu,kesimpulan ringkas dan kasar yang ana dapat buat di sini ialah “kita ialah apa yang kita lihat,baca dan dengar” dan “ kita juga ialah apa yang kita tulis dan cakap” dan juga “kita dan apa yang kita baca,lihat,dengar,cakap dan tulis menunjukkan akhlak kita sebagai seorang muslim”.

Betul atau tidak kenyataan ana ini terserah kepada antum untuk menilainya… Tepuk dada tanyalah iman..

Berbalik kepada isu tadi,timbul pula persoalan lain,siapa pula yang mengawal akal dan keinginan seseorang terhadap apa yang ingin dibaca,dilihat dan didengar? Tidak lain tidak bukan tentulah HATI…mungkin sesetengah pihak mengatakan rambut ialah mahkota seseorang tetapi hakikatnya, hatilah yang menjadi MAHKOTA dan RAJA seseorang.Dialah yang mengawal apa yang kita lakukan samada secara voluntary atau involuntary, disengajakan atau spontan.

Kenapa spontan? Imam Al-ghazali dalam mengungkapkan makna akhlak menyebut akhlak ialah: ‘Situasi yang mantap di dalam jiwa.Melaluinya perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah tanpa perlu berfikir dan merenung’. Situasi yang mantap di dalam jiwa ialah apa yang telah tertanam didalam jiwa,akal dan hati seseorang yang akan membuahkan tindakan dengan mudah tanpa perlu berfikir dalam kata lain spontan.Jelaslah di sini bahawa hati kita mengawal akal dan akhlak kita..

Jika kita renung kembali sirah junjungan kita S.A.W ,kita dapat lihat betapa Rasulullah menekankan aspek kebersihan hati,di mana baginda bersabda:

“Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging yang apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ia adalah HATI”

[Bukhari & Muslim]

Ada pihak mengatakan pembawaan atau perbuatan seseorang tidak penting ,asalkan hati itu baik@suci. Walaubagaimanapun hadith di atas jelas menunjukan hati berkait rapat dengan pembawaan dan perbuatan seseorang.Ada sesetengah dari kita juga memandang remeh tentang apa yang kita lihat,baca,dengar,tulis dan cakap tapi itulah yang menggambarkan diri kita yang sebenarnya. Mungkin kita perlu berhenti sejenak dan mengambil masa beberapa minit dalam hidup kita pendek ini untuk muhasabah diri kita semula, sebelum menghadap Tuhan sekalian alam.

Renungan ini untuk diri sendiri dan pembaca semua..Wallahualam..