Archive | Ogos 2009

Musim Panas=Cuti Panjang=Masa lapang

demi_masa_copy

Bismillahirahmanirahim…

Walaupun sekarang ini dikira sudah pertengahan cuti summer,rasanya masih tak terlambat untuk ana coretkan sedikit ole-ole untuk dikongsi bersama kemanisannya dengan pembaca semua…Musim Panas=cuti panjang, ada yang pilih untuk bercuti di Malaysia dan tidak kurang juga yg memilih destinasi percutiannya pada kali ini di Mesir..hehe..Bagi setengah yg special case pula,tiada pilihan!! samada family suruh balik Mesia walaupun hatinya sudah terpaut pada Mesir @ family tak kasi balik sedangkan hatinya rindu  teramat pada Malaysia. Sebenarnya, walau dimana pun destinasi percutian kita pada kali ini,ia bukanlah perkara pokok, tetapi persoalanya sejauh manakah kita memanfaatkan cuti yg panjang & masa yang banyak ini??? Mari kita lihat…

  • Joyah: Saya bercuti di Malaysia, saya habiskan masa cuti ini dengan buat attachment di hospital berdekatan dengan rumah, tolong mak buat kerja-kerja rumah.Ada jugak turun ke kolej persediaan untuk berkenalan n berkongsi pengalaman dengan junior yg bakal fly ke Mesir.Selebihnya saya isi dengan baca buku or lagi best balik kampong.
  • Senah: Mmm..cuti aritu duk rumah je, tak tau nak buat ape..asyik makan tidur,tengok TV,main tenet..sekali-sekala balik Kg jumpa sedara kat sana..
  • Combi: Kali ni saya stay di Mesir, saya  ambil kelas Quran, kelas Arab..ade jugak ikut daurah atau kelas tafaqquh kitab. Kadang2 ikut rehlah@ jaulah ke tempat2 menarik kat Mesir ni..

Ana kira wajar untuk kita renung sejenak,di mana kita salurkan masa kita  pada cuti kali ini…

Remaja @ pemuda ialah tempoh  yang paling produktif bagi seorang manusia. Ini kerana pada pemuda ada kekuatan,semangat,keberanian,kebolehan,intelektual dan lain2. Hal ini jelas dapat kita lihat pada zaman Nabi,di mana para pemudalah yang menjadi pendokong risalah Nabi sedangkan kaum tua banyak memusuhi Nabi SAW. Hadis di bawah  menunjukan betapa Rasulullah mengiktiraf kelebihan pemuda berbanding orang tua.

Sabda Nabi SAW:

أصيكم بالشباب خيرا فإنهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب و خالفنى الشيوخ

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku”

Pesanan Sang Murabbi SAW kepada Pemuda

Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah. Oleh itu Nabi telah pun berpesan kepada kita:

اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك و صحتك قبل سقمك و فراغك قبل شغلك و شبابك قبل هرمك و غناك قبل فقرك

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,

sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu

Bagi pemuda yang sentiasa istiqamah baginda berkata :

إن الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبؤة

“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda

(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah)”

Tetiba terfikir layakkah kita untuk mendapat pujian ini???

Rasulullah juga berpesan kepada kita supaya sentiasa bermuhasabah diri tentang tanggungjawab kita di hadapan Allah di akhirat kelak di dalam hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi:

لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن اربع: عن عمره فيما أفناه ؤ عن شبابه فيما أبلاه و عن ماله من اين اكتسبه و فيما أنفقه و عن علمه ما عمل فيه

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Masalah

Masalah yang ana rasa selalu melanda  di kalangan kita,termasuk diri ana sendiri ialah kurangnya motivasi diri kearah memproaktifkan diri atau bergerak kea rah hadaf yg kita sendiri telah gariskan atau (paling penting sekali) suka bertangguh.

Dalam hidup ini tiada perkara yang mudah, semuanya perlu kepada usaha dan pengorbanan. Inilah yang Allah sebut di dalam surah Al-Ankabut :2-3

Apakah manusia mengira bhw mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan “ Kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji.Dan sungguh Kami telah menguji orang2 sebelum mereka,Maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta.

Memang sudah menjadi tabiat manusia suka untuk bersenang-lenang,jadi di sinilah ujian yang harus kita hadapi.Kita perlu memaksa diri untuk keluar dari ‘comfort zone’ ini. Normal untuk seseorang manusia itu terhanyut dari arus yg sebenar kerana tabiat iman itu sendiri ‘yazid wa yanqus’(bertmbh & berkurang). Jangan kita kecewa kalau terlalai sepanjang cuti ini yang penting ialah jgn terus hanyut,tetapi upayakan diri untuk berenang ke muara…Susun  step2 untuk mengisi masa ke arah kebaikan dan selalulah bermuhasabah. Eratkan hubungan dengan Allah kerana Allahlah yg mengawal hati2 manusia & pada Dialah selayaknya untuk kita pohon kekuatan.Selalulah melihat kesusahan orang lain supaya kita tertolak untuk  berusaha memperbaiki diri.Dan sedarlah setiap bala dan kehinaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah hasil tuaian perbuatan kita sendiri walaupun bukan kita yang menjadi mangsanya..

400_0___10000000_0_0_0_0_0_israeli_soldier_points_his_gun_at_a_palestinian_child_in_hebron_city_2007

Dan kenapa kamu heran ketika ditimpa musibah(kekalahan perang Uhud),padahal kamu telah menimpakan musibah 2 kali ganda(kpd musuh-musuhmu di perang Badar) kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari kesalahan dirimu sendiri”. Sungguh Allah Maha kuasa atas segala sesuatu

[Ali-Imran:165]

Muhasabah

Dan akhir sekali, elok kiranya ana tinggalkan diri ana dan antum satu persoalan..

Adakah kita cukup bersedia untuk menjawab soalan Allah SWT dalam hadis Nabi…“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Dengan disertai hujah dan bukti yang kukuh?? Jikalau “YA” Alhamdulillah.. namun jika jawapannya “TIDAK” Mari kita bergerak dan berusaha memperbaiki diri..Chayok.. Jangan bertangguh lagi kerana sesungguhnya ajal semakin menghampiri kita…

Wallahu’alam….

Rujukan: Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini (ust.Fathi Yakan)

Advertisements