Archive | September 2009

Ramadhan 1430H

Lautan manusia yang membanjiri Qaeid Ibrahim ketika Tahajjud

Lautan manusia yang membanjiri Qaeid Ibrahim ketika Tahajjud

Bismillahirrahmanirahim…..

Hari ini 28 Ramadhan..pantas betul masa berlalu,terlalu pantas.Ana rasa baru je kaki  melangkah masuk ke madrasah ini tapi kini terpaksa keluar.Entah kenapa tahun ini rasa berat sangat untuk ditinggalkan oleh Ramadhan(ana tak nak meninggalkannya),tidak seperti tahun2 lepas.Mungkin kerana tahun ini Ramadhan punya kemanisan tersendiri dalam hati ana,menjadi tetamu Allah di RumahNya yg Agung tak pernah terlintas di hati ana sebelum ni. Bukan itu saja Ramadhan kali ini juga ana harungi bersama Mama walaupun sekejap cuma..selebihnya ana hidup dengan amalan seharian,berbuka puasa bersama ukhti2 di rumah Baba Khamis,dan paling tidak lupa ditemani alunan merdu dan syahdu syeikh Hatim dalam terawih dan Tahajud..rindu..pasti Rindu..

Petang semalam on the way nak berbuka di rumah baba khamis,ana naik tremco tetiba dengar tremco tu pasang lagu arab,ana pun cakap kat ayesha “Asha dah lama rasenye tak dengar tremco pasang lagu kan” kebiasannya yang ana dengar ialah bacaan Quran atau tak de pape,Asha pun kata “mmm,mungkin sbb Ramadhan dah nak habis kot” Tetiba sayu menerpa ke dalam hati..

Semalam(mlm 27 Ramadhan) ana pergi tahajud.Tahajud bermula pukul 12.30mlm,ana turun dari rumah pukul 11.45mlm, tempat solat wanita sume dah penuh,masrah kat sebelah rumah(yg di buka waktu tahajud) juga sudah penuh, Subhanallah! dah penuh dah!! ana lihat ramai wanita yang mencari2 tempat kemudian terdengar AJK masjid kata tempat solat saiyidat di Masrah Kouta(funfair sblh ma’rad) ana terus berjalan pantas kerana ia agak jauh dan kene cop tempat cepat2,takut penuh..hehe.

Yang duduk di sebelah ana adalah seorang wanita muda(20-an mungkin),seorang wanita biasa,berpakaian kebiasaan pemudi Mesir bukan seperti ana berjubah dan bertudung labuh tapi mungkin lebih baik dari ana.. ketika tazkirah dia bangkit dan berkata pada sekumpulan jemaah wanita yg qiblat mereka tersalah dan menyuruh mereka membetulkannya,kemudian apabila dia lihat ramai jemaah wanita di belakang tidak punya tempat untuk solat dia terus ke hadapan untuk melihat tempat kemudian kembali dan melaungkan:Ya Gamaah! fi makan fadhiah uddam,Yallah!.Kemudian ana lihat dia masih menangis teresak2 sambil menekup tangan ke muka,badannya terhenjut2 walaupun doa qunut telah lama selesai.Dia nampak seperti wanita biasa tetapi dia jauh lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling untuk membetulkan kesalahan mereka atau membantu mereka,dia juga punya hati yg lebih sensitif bila berhadapan dengan Allah. Ana muhasabah diri sendiri sejauh mana ana berjaya mendidik diri ini…supaya peka dengan sekeliling & berusaha mengubahnya..supaya meleburkan hati ketika menghadap Tuhan..

“Rabbun Rahim..Rabbun Ghaffur..Rabbun Karim..Rabbun Wadud..Rabbun Hamid..Rabbun Qarib..Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa kami selain Engkau Ya Allah,Siapa lagi yang dapat mengubati penyakit kami selain Engkau Ya Allah,Siapa lagi yang dapat menunaikan permintaan kami selain Engkau Ya Allah,Pada siapa lagi tempat untuk kami mengadu selain Engkau Ya Allah”- masih terngiang2 doa syeikh Hatim yang disulami esakan tangisan manusia…Syahdu…Ya Allah thabatkan hati ini!!

Allah tidak jemu sehingga kita jemu

Ana teringat hadis Nabi: “….Ambillah olehmu sekalian apa yang kalian mampu dari amal, karena sesungguhnya Allah tidak jemu memberi pahala sehingga kamu sekalian jemu beramal” (HR. Bukhari)

Meniti hari2 akhir Ramadhan ini,janganlah kita berasa jemu untuk beramal dan berdoa..tingkatkan lagi amalan kita,optimumkan masa kita..kita punya kurang dari 48jam sebelum tiba hari ‘Kemenangan’, kemenangan bagi hamba berpuasa sebenar puasa, kemenangan bagi hamba telah diampunkan dosa2 mereka dan kemengangan yang paling besar ialah perlepasan dari api neraka.Semoga kita tergolong di kalangan mereka..Ameen Ya Rabb!!