Archive | Januari 2010

Terbatas menjadi teratas

Bismillahirrahmanirahim…

Masjid Abul Abbas Al-Morsi

Beberapa hari ni ana pun tak tahu sbb ape rase tak semangat sgt..padahal baru tulis post pasal “jiddiyah”..hehe..tak meresap kot..huhu

Disebabkan kelemahan mencapai tahap kritikal, terasa diri perlukan sentuhan & taujihat yg lebih Menenangkan…so ana decide utk keluar dr rutin harian n pegi solat Jumaat di masjid kegemaran: Masjid Abul Abbas (dkt ngan Qal’ah),dah lama tak pergi solat jumaat sejak stat sem baru ni sbb tiap2 jumaat ade prgm..kelas tafaquh..kls Fiqh perubatan..kelas arab…adoiii!!

Normal untuk seorang manusia lemah semangatnya,yg abnormal ialah tidak bangkit setelah jatuh (berfalsafah pulak)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” [ali-imran:139]

And at last alhamdulillah I gain back my strength..kene bljr untuk naikkan semngat sendiri..bg seorg ukhti daieyah tiada masa untuk tidak semangat n tiada masa untuk bersenang-lenang krn kerehatan hakiki cuma di SANA..

Tetiba teringat  pada taujihat sblm ni yg pernah diberikan  mll emel oleh seorg ukhti ana..k.yaya..(setelah dipaksa untuk bagi nasihat..haha) Ana bukak emel n baca lagi skali..Jazakillah sgt..saja nak abadikan emel dia kat dlm blog sbg tnda penghargaan..uhibbuki fillah..

akhir kata..semoga diri terus bersemangat utk meneruskan perjuangan…

P/S : kepada k.nadia bole la buat blog lepas ni…(^_^)

salam…ati..sht ke? smoga sentiasa dibwh lindungan Allah SWT..

camne study? ok x? kene semangat ati…semangat cam selalu2 ati smgt dlm tarbiah…jgn futur dek krn kene belajar…dek krn xde masa…jgn malas…ingat balik study utk apa????…kan ijazah demi risalah…
terbatas menjadi teratas
walaupun selalu masa terbatas…x salah utk jd yg teratas…malah sgt2 digalakkan…jd…camne nk jd yg teratas klu semangat tetibe luntur tahap maksima…jgn lunturkan semangat ati yg membara sblm ni….kan ati ade target 10thn akn dtg apa yg ati akn buat….kan3x??? akn tercapai ke target tu tanpa usaha dr sekarang…..
kita yakin ati boleh….klu risau xde masa…yakinlah Allah akn sentiasa bantu ati… “klu engkau melapangkan masamu utk Allah,maka Allah akn melapangkan masanya utkmu”
jd….ati kene semangattttt………ingattt….semangattttt n usaha…klu semangat membara….usaha kene lg membara…. usaha merentasi semangat…hehehe…
robbuna yusahhil ati…robbuna yunajjah…semoga berjaya didunia n di akhirat…
semoga menjadi agen penggerak dlm memakmurkan bumi Allah

Viva Palestina..Bukti kekejaman Mesir

Bismillahirahmanirahim…

Setelah hampir sebulan menempuh perjalanan sukar bermula 6 disember 2009  dari UK akhirnya konvoi viva palestina telah berjaya sampai di pelabuhan Arisy,Mesir pada 6 Januari 2010 dan akan terus  ke Gaza .Konvoi tersebut terdiri daripada lebih 200 buah trak yg sarat dengan makanan asas & bekalan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza.

Pelan Perjalanan konvoi: route of viva palestina

Walaubagaimanapun kerajaan mesir menghalang lebih kurang 6o trak daripada masuk untuk menyalurkan bantuan. Di sana juga telah  berlaku sedikit kekacauan apabila pasukan polis Mesir menyerang kasar dengan merejam,dan menembak gas pemedih mata kepada sukarelawan2 vivapalestina dan kemudian menahan 7 daripada mereka termasuk seorang warga Malaysia yg merupakan seorang pelajar di UK. Lebih tidak masuk akal lagi pihak berkuasa Mesir telah menghantar pulang ahli parlimen Britain George Galloway,yg merupakan aktivis pro-Palestin merangkap ketua konvoi viva palestina keluar dari  Mesir ke tanah airnya UK..

Ini merupakan satu perkara yg memalukan dan pengkhianatan besar oleh jiran terdekat Palestin sendiri…Adakah kita masih nak berdiam diri?? Kalau nak diikutkan ini ialah bantuan kemanusian daripada org bukan Islam yg bersatu atas dasar “solidariti & kemanusiaan” kepada Palestin,tapi malangnya NEGARA2 ISLAM ataupun UMAT2 ISLAM tak mampu untuk bersatu atas dasar yg lebih kuat iaitu AQIDAH & UKHUWWAH untuk membantu Palestin…Alangkah malangnya… jgn ditanya “mata nasrullah?(di manakah bantuan Allah?)” jika kita sendiri tidak berusaha untuk ubah diri kita dalam membantu Palestin,masakan Allah akan bantu kita..”Allah tak ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib diri mereka sendiri”..Marilah BERSATU..(ade maksud tersirat ke..^_^)

Alhamdulillah, setelah menghadapi byk mehnah & tribulasi akhirnya bantuan berjaya sampai ke Gaza pd 7/1/2010 yg lalu…seperti Allah telah katakan dalam Alquran “Allah akan tetap menyempurnakan cahayanya walaupun org2 kafir membencinya”

Kalo kwn2 nak tau cerita detail bole la ke:

palestinkini

vivapalestina

Jiddiyahkah kita??

Bismillahirahmanirahim…

Mungkin sesetengah daripada kita biasa mendengar tazkirah tentang jiddiyah tapi cuba tanya diri kita,kita jiddiyah atau tak?? dari segi belajar,menjalankan amanah,pengurusan masa,tarbiyah diri ke arah lebih baik dan lain2 lagi…

Jiddiyah ialah manhaj Ilahi

خُذوا مَا ءَاتَيْنَا كُم بقُوة

“Peganglah teguh-teguh  yang kami berikan kepadamu” (2:63)

يَا يَحيى خُذَ الكتاب بقُوٌة و ءَاتيناهُ الحكمَ صَبيا

“Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh”  (19:12)

فَخُذها بقُوة وأمر قَوْمَكَ يَأْخذواْ بأَحْسنهَا

“Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya” (7:145)

Jika kita lihat kalimah “قوة” telah diulang2 dan ini menunjukkan penegasan Allah terhadap betapa pentingnya jiddiyah(kesungguhan) dalam hidup kita sebagai muslim. Yelah.. mana mungkin kita dapat memegang  sesuatu benda tanpa kesungguhan kan? pegang cawan pun kalo tak bersungguh jatuh,apatah lagi perkara2 yg lebih besar…

Apa jiddiyah (جدية) tu sebenarnye ek??

Dalam erti kata mudahnya kesungguhan @ keseriusan, kalo makna yang mendalam siket ialah melaksana perintah syariat dengan ketekunan dan kegigihan,mengeluarkan kemampuan maksimum dan mengatasi segala rintangan..

Sesungguhnya sejarah kita telah diwarnai oleh orang2 yang bersungguh2  bukan org yg sambil lewa & suka berangan2. Byk contoh yg dapat kita ambil sperti:

  • Salehudin Al-Ayubi: membuka kota Palestin dari tgn Rom
  • Muhammad Al-Fatih: membuka Kota Contanstinopole
  • Tariq bin Ziyad : membuka Andalus

Kesungguhan mereka jelas dapat dilihat dari segi persediaan rohani,jasmani& strategi  mereka  dalam menghadapi musuh kerana mereka tahu bahawa ” Kebatilan yg terancang akan mengalahkan Kebenaran yg tidak terancang”. dan inilah rahsia kejayaan mereka yg telah mengangkat darjat Islam ke tempat yg sepatutnya. Sebaliknya pula yg berlaku pada umat Islam kini,kita ditindas, dibunuh sesuka hati dan yg lebih malang lagi dibonekakan oleh Zionist & sekutunya..hnya kerana kita tiada kesungguhan & perancangan..Ada pepatah mengatakan “Antara kemiskinan yang paling memprihatinkan ialah kemiskinan azam dan bukan kemiskinan harta”..Sekalipun seseorang tu miskin harta,jika dia mempunyai kesungguhan&keazaman yg kuat pasti dia dapat mengatasi kemiskinannya tu..betul tak??

Bentuk-bentuk jiddiyah

Cepat melaksanakan tugas

Jika kita singkap sejarah,pasti kita akan bertemu peristiwa di mana para shbt terus melaksana perintah selepas turunnya sesuatu hukum.Sbgai cth peristiwa pengharaman arak (Al-Maidah:90), diceritakan madinah banjir dengan arak kerana mereka membuang & memecahkan botol2 berisi arak..begitu cepat para sahabat mentaati perintah tnpa  ragu2.cube kite refleksi diri semula,sebyk2 perintah yg Allah suruh ni berapa byk kite lasksanakan dengan dengan cepat dan sungguh2

Kekuatan & keteguhan

Ini jelas dalam peritiwa perang Mu’tah dimana Ja’far b Abi Talib telah memegang amanah memegang panji Islam dan ketika peperangan memuncak tangan kanannya yg memegang panji putus dilibas pedang tentera kafir,lantas dia pegang panji itu dengan tangan kiri,putus juga,kemudian dia pegang dengan dada dan kedua2 pangkal  lengannya..kita lihat bagaimana jiddiyah(kesungguhan) sahabat yg akan berusaha sehabis dalam setiap perkara yg dilakukannya..

Mengatasi rintangan

Kisah Amru b Jamuh..Dia seorang yg cacat kakinya namun berkeras untuk menyertai perang Badar meski ank2nya melarangnya,dan  ketika itusebenarnya  Rasulullah telahpun memberikan rukhsah kepada yg tidak berkemampuan untuk tidak turut serta dlm badar. Beliau kemudia datang dan meminta izin daripada Rasulullah “Ya Rasulullah,anak2ku ingin menghalangiku untuk pergi bertempur bersamamu.Demi Allah,aku amat berharap kiranya dengan kecacatan ini aku dapat merebut syurga..” Cuba kita tengok semula diri kita yg sihat walafiat ni?? study malas..baca quran malas..qiyamullai pun malas..tapi shbt Nabi Amru b Jamuh yg masih lagi bersungguh2  ingin membeli syurga dengan kecacatan dirinya…

Lagi satu kisah menarik tentang Kisah peperangan Hamra Al-Asad..Ia berlaku selepas Uhud.Sekembalinya tentera Islam ke Madinah,Nabi sentiasa berjaga2 krn bimbang musyrikin akan bpatah balik utk menyerang madinah demi menyempurnakan kemenangan mereka.Baginda menyeru para sahabat supaya keluar mengejar musuh dan mereka yg dibenarkan menyertai baginda ialah yg keluar berperang di uhud.Lantas para sahabat terus menyahut seruan Allah & rasulNya meskipun dalam keadaan luka n penat.Tanpa kehabisan tenaga mereka mengatakan ” Cukuplah Allah sbg Panolong kami & Allah adlh sebaik-baik pelindung”..ya..shbt benar2 telah bersungguh2 mengatasi segala rintangan  demi menyempurnakan tugas mereka walaupun mereka sendiri dalam keadaan yg parah…

Muhasabah Diri..

Sejauh  mana kita bersungguh2 selama 20 tahun kite hidup di muka bumi ni??sejauh mana kita cuba bersungguh2 untuk mengubah diri ke arah lebih baik dari segi ibadat,kefahaman agama,bacaan quran mengikut tajwid yg betul,pakaian yg menutup aurat??  Allah juga menyebut dalam kitabNya yg Agung “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11) dan pasti kita tidak akan dapat mengubah diri kita ataupun mengangkat darjat kita di sisi Allah tanpa jiddiyah..

tepuk dada tnya iman..