Archive | Februari 2010

61 tahun..pemergian Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirahim…

Hari ini 12 feb 2010 genap 61 tahun tokoh mujaddid agung abad ini telah meninggalkan kita..Beliau seorang lelaki yg digeruni oleh musuh Islam tetapi disanjungi oleh umat kerana jasa & peranannya dlm dakwah.

Serba sedikit ttg IHAB, Beliau adalah Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna, lahir di kota Al-Mahmudiya, di Buhaira, Mesir, pada hari Ahad, tanggal 25 Sya’ban tahun 1324(14 Oktober tahun 1906).Bapanya Syeikh Abdul rahman Al-Banna merupakan slah seorng ulama Azhar & imam masjid di kwsnnya.Ayahnya memainkan peranan penting dalam mendidik beliau dari sudut akhlak & kefahaman prinsip2 islam.

Beliau memulai pendidikannya di sekolah tahfizhul Qur’an di Al-Mahmudiyah,kemudian ke sekolah rendah di mahmudiyah.Di zaman kanak2nya beliau telah cenderung dlm amar ma’ruf nahi mungkar.Beliau & rakan2 telah menggerakkan persatuan yg menyeru kpd kemuliaan akhlak “Aj-Jam’ieyah Al-Akhlak Ad-Diniyah”. Beliau memasuki Maktab Perguruan di bandar Dmanhur dan kemudian melajutkan pelajaran ke Kuliyah Darul Ulum pada1923 dan tamat pada 1927.

IHAB mula bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Ismailiyah dan di situlah beliau mengembangkan dakwah beliau menyeru kepada umat kmbali kpada Islam dgn kefahaman yg sahih dan berakhlak dgn akhlak yg mulia . Beliau telah pergi ke merata tempat untuk menyeru kebaikan & cegah kemungkaran. Tak cukup di masjid IHAb juga berdakwah di kedai2 kopi & di tepi2 jalan.

IHAB melihat keadaan umat ketika itu sgt tenat,dijajah oleh kuasa Barat bahkan mereka tidak lagi mengamalkan Islam yg sebenar dan berpecah belah.Atas dasar itulah beliau menyeru umat islam pada kesatuan & perpaduan & bangkit utk menentang penjajah.Setelah itu beliau dan 6 org rakan lain telah bersepakat untuk menubuhkan jemaah yg dinamakan ikhwanul muslimin(IM).IM memainkan peranan besar dalam politik,ekonomi dan sosial Mesir dan negara2 Islam yg lain.IM telah mampu menguasai bandar2 & kmpg2 di mana di setiapnya ada cwgn2. Ikhwan juga membawa wanita & lelaki dalam medan dakwah.Secara ringkasnya peranan IM ialah:

  1. Kebangkitan menentang penjajah inggeris di mesir dengan menubuhkan “Nizom Khas”(Organisasi Khusus) untuk memberikan latihan persenjataan kepada ikhwan demi menentang inggeris
  2. Membantu Umat Islam(Indonesia,Morocco) khususnya di palestin dengan menghantar pasukan sukarelawan terlatih rela berkorban dikalangan ikhwan utk berjuang di sana pada 1936. IM juga hulurkan bantuan kewangan kpd Palestin
  3. Menentang Raja,Feudalism & Capitalism
  4. Membasmi Kemiskinan,kejahilan & penyakit: IM membantu penganggur2 yg mencari pekerjaan dengan membuka kilang untuk buka peluang pekerjaan.IM turut membuka kelas2 buta huruf untuk petani,buruh & pddk Kg dan bandar dismping mereka membina sekolah2 untuk anak2.Terdapat Doktor diklgn IM yg pergi ke Kg2 & bndar2  utk merawat masy dengan percuma n berikan ubat2an kpd mereka.Jemaah ini juga membina byk Hospital dan pusat rawatan

Imam Syahid Hassan Al- Banna merupakan peribadi contoh muslim yg iltizam dgn agamanya. Beliau seorg yg terpuji akhlaknya,berani jiwanya,tinggi azamnya & cenderung kpd kesederhanaan dlm apajua perkara.Beliaulah yg menetapkan 10 ciri2 yg patut ada bagi seorg Akh muslim, dan mengadakan USUL2o demi mengembalikan kefahaman umat Islam kepada kefahamn yg sebenar..

antara mursyidul am IM(7 orang)

Dalam satu ucapan beliau:

“Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”

Beliau telah ditembak di pertengahan mlm 12 februari 1949,kmdn dibawa ke hospital tetapi tiada siapa yg merawat beliau ketika itu dan akhirnya syahid (43thn)

Semoga Roh beliau ditempatkan bersama para syuhada & org soleh..Dan semoga kita menjadi seperti IHAB yg gigih dlm dakwahnya…

“Diantara orang-orang beriman, ada mereka yang benar jujur terhadap janji mereka kepada Allah. Sebahagian mereka telah pergi (menemui Tuhan mereka). Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janji mereka)” (Al-Quran)