Archive | Oktober 2012

The Doctor’s Oath

Bismillahirrahmanirahim

Pada tanggal 13 Oktober 2012, secara rasmi saya telah menjadi graduan Perubatan Alexandria, IUMP Class 06/12.

Dalam majlis graduasi tersebut, para graduan diminta untuk membaca Doctor’s Oath. Diketuai oleh Prof Dr.Rafiq Khalil (wakil medical syndicate tak silap).Setahu saya telah menjadi tradisi untuk para doctor graduan Alex univ. untuk membaca ikrar tersebut yang mesti diketuai oleh wakil dari medical syndicate.Kami membacanya sebanyak 2 kali, pertama dalam bahasa arab dan kemudiannya dalam English.

Sebelum berikrar, Dr Rafiq Khalil berkata:

“ Now,  all of you are our sons & daughters, after you recited this oath you are no longer sons & daughters but you are our COLLEAGUES”

(Rasa bangga sikit waktu ni..^_^)

Setelah 6 tahun berhempas pulas,tak tahu berapa baldi air mata yang tumpah, akhirnya saya telah mendapat ijazah,terasa singkat tiba-tiba 6 tahun tersebut.Walaupun saya telah maju satu tapak kehadapan dalam kehidupan ini, saya merasakan ianya hanyalah satu permulaan.Perjalanan masih lagi jauh,banyak lagi cabaran & liku-liku hidup yang menanti saya dihadapan.

Tak dapat nak diungkapkan perasaan ketika membaca sumpah tersebut melainkan rasa GERUN.Bagi saya ia adalah ikrar/janji saya di hadapan Allah atas pekerjaan saya ini.Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menjalankan amanah yang semakin berat.

Saya abadikan Sumpah ini di dalam blog sebagai peringatan buat diri..Andaikata saya mula lalai atau sekurang-kurangnya saya berasa lemah semangat, saya akan kembali menjengahnya di dalam blog untuk mengingatkan saya kepada satu ikrar yang pernah saya ungkapkan pada tarikh 13/10/2012.

 

قَسم الطبيب
Sumpah Doktor

اقَسِمُ بِاللهِ العَظِيم
Aku bersumpah dengan Allah yang Maha Agung

أَنْ أُرَاقِبَ اللَّهَ فِي مِهْنَتِي
Untuk menyedari pemerhatian Allah dalam pekerjaanku

وَأَنْ أَصُونَ حَيَاةَ الإِنْسَانِ فِي كآفَّةِ أَطْرَافِهَا، فِي كُلِّ الظُّرُوفِ وَالأَحْوَالِ
Dan memelihara nyawa manusia tidak kira peringkatnya, dalam setiap hal dan keadaan

بَاذِلاً وِسْعِي فِي إِنْقَاذِهَا مِن الهَلَاكِ والمَرَضِ والألَم والقَلق
Dengan bersungguh-sungguh menyelamatkannya daripada kebinasaan, penyakit, kesengsaraan dan kebimbangan

وَأَنْ أُحْفَظَ لِلنَّاسِ كَرَامَتَهُم، وَأَسْتُرَ عَوْرَتهُم، وَأَكْتُمَ سِرَّهُمْ
Dan menghormati kemuliaan manusia, dan menutup keaiban mereka, dan menyimpan rahasia mereka

وَأَنْ أَكُونَ عَلى الدَّوَامِ مِنْ وَسَائِلِ رَحْمَةِ اللهِ
Dan sentiasa menjadi penyalur rahmat Allah

مُسْخِراً كُلَّ رِعَايَتِي الطِّبِّيَّةِ لِلْقَرِيْبِ وَالبَعِيدِ، وَالصَّالِحِ وَالطَّالِحِ، وَالصَّدِيقِ وَالْعَدُوِّ
Bersedia memberi khidmat perubatan bagi yang dekat dan jauh, baik dan jahat, kawan dan lawan

وَأَنْ أُثَابِرَ عَلَى طَلَبِ العِلْمِ المُسْخِرِ لِنَفْعِ الإنسَانِ لاَ لِأذَاه
Dan komited dalam menuntut ilmu, berdedikasi untuk manfaat manusia, bukan untuk menyakitinya

وَأَنْ أُوَقِّرَ مَنْ عَلَّمَنِي، وأُعَلّمَ مَن يَصْغُرَنِي
Dan menjunjung guru-guruku, dan mengajar yang muda

وأكون أخاً لِكُلِّ زَميلٍ في المِهنَةِ الطِّبِّيَّةِ مُتَعَاوِنِينَ عَلى البِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan menjadi saudara bagi setiap rakan sekerja, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan

وَأَنْ تَكُونَ حَيَاتِي مِصْدَاقَ إِيمَانِي فِي سِرِّي وَعَلَانِيَتِي، نَقِيَّة مِمَّا يُشِينُهَا
Dan menjadikan hidupku sebagai pembenar imanku, dalam sembunyi dan terang, suci dari apa-apa yang mencemarinya

تِجَاهَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَالمُؤْمِنِينَ
Kerana Allah, RasulNya dan kaum mukminin

وَاللهُ عَلَى مَا أَقُولُ شَهِيد
Dan Allahlah sebagai saksi akan perkataanku ini

 

Dan akhirnya..

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah mengangkat darjat saya di sisiNya & menambahkan HidayahNya kepada saya.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi ibadah & pemberat mizan hasanat saya kelak

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi wasilah dakwah bagi saya dan semoga dengan pekerjaan ini Allah lebih memahamkan saya tentang dakwah.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah memberkati keluarga saya juga zuriat keturunan saya nanti.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini saya dapat berkhidmat kepada masyarakat terutamanya umat Islam dengan penuh Ikhlas & Ihsan.

اللهم أعني عاى ذكرك و شكرك وحسن عبادتك

Wallahu’alam..

Image