Allah,Hamba dan Dosa

Image

Bismillah..

Luasnya Pengampunan Allah S.W.T

Dalam satu hadis qudsi Allah berfirman:

قال الله تبارك وتعالى: (يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة) .رواه الترمذي.

“Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdoa dan berharap kepadaKu,Aku pasti mengampunkan kamu atas apa sahaja dosa yang lahir daripada kamu dan Aku tidak peduli (samada ia sikit atau banyak , kecil atau besar).Wahai anak Adam, kalaulah dosa-dosamu sampai kea wan di langit,kemudian kamu meminta keampunan kepadaKu,pasti Aku akan mengampunkan kamu.Wahai anak Adam, jika kamu datang kepadaKu dengan dosa yang hamper memenuhi bumi, kemudia kamu menemuiKu dalam keadaan kamu tidak menyekutukan sesuatu denganKu,pasti Aku datang kepadamu dengan keampunan yang hampir memenuhi bumi itu” –hadis riwayat Tirmizi-

Apabila kita membaca hadis ini, hati akan terdetik betapa pemurahnya Allah dengan keampunan, sedangkan kita sesama kitapun tidak mampu untuk memaafkan manusia lain sepertimana yang Allah sedia melakukannya  untuk kita. Subhanallah!! Tidak kiralah sebesar manapun dosa kita, pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita dan hakikatnya cuma kita sahaja yang tidak mahu mengetuk pintu tersebut dan terus membiarkan diri lalai dan jauh dariNya.

Hadis ini merupakan satu motivasi untuk kita sentiasa mencari keampunan Allah di celah-celah kehidupan kita dan memberikan satu harapan pada hamba bahawa Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun dia telah jauh menyimpang dari landasan yang sebenar..

Bagi seorang muslim, setiap kali kita melakukan kelalaian atau maksiat, hati yang hidup akan sedar dan mencela diri serta terus meminta keampunan Allah sepertimana yang disebtkan dalam surah Ali-Imran : 135, dan begitulah sifat orang yang beriman

“Dan orang-orang yang apabila dia melakukan perkara yang keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingati Allah, lalu mereka meminta ampun kerana dosa-dosa mereka.Siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah?”

Putus Asa

Tetapi pernah tak terjadi  apabila kita lalai dan melakukan dosa,kita mencela diri dan kadangkala kita rasa putus asa dengan diri sendiri kerana selalu sangat lalai dan bermaksiat terhadap Allah sampai ke tahap kita rasa malu nak meminta ampun pada Allah sebab rasa macam Allah tidak akan terima  dan ampunkan kita.. Lebih teruk lagi jika kita rasa futur(putus asa) sehingga kita terus membiarkan diri kita hanyut dalam kelalaian dan maksiat kerana merasakan tiada lagi ruang untuk orang yang berdosa seperti kita di sisi Allah Taala..Dan di sinilah hadis ini hadir bagi merawat hati manusia yang hampir kalah oleh bisikan syaitan, memberikan satu sinar dan harapan bagi manusia untuk memohon kepada Allah swt. Justeru mari kita meminta keampunan dan membesarkan keinginan dan harapan kepadaNya untuk diampunkan kerana dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda

إِذا دَعَا أَحَدُكٌم, فَليُعَظّم الرُغبَةَ , فإِنَّ اللهَ لَا يَتَعَاظَمُهُ شَيءٌ

“Apabila seorang daripada kamu berdoa , maka hendaklah dia membesarkan keinginannya kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang besar dan membebankan Allah Taala”

Istighfar Terbaik

Dalam kitab Jamie Ulum wal hikam  ada menyebut jenis istighfar yang terbaik ialah seseorang itu memulakan istghfarnya dengan memuji TuhanNya, kemudian dia mengiringinya dengan pengakuan dosanya.Seterusnya dia memohon keampunan Allah sepertimana yang Nabi ajarkan dalam sayyidul istighfar yang selalu kita baca di dalam mathurat.

Image

Melupai dosa sendiri

Memohon keampunan adalah bentuk doa yang paling utama yang patut dipinta oleh seorang hamba. Nabi dalam sebuah hadis menyebut bahawa baginda beristighfar kepada Allah setiap hari sekurang-kurangnya 70 kali, dan sesungguhnya junjungan besar itu seorang yang maksum.Persoalannya mengapa kita selalu malas ataupun lalai dalam memohon keampunan atau adakah kita rasa kita tidak melakukan dosa dan kelalaian?? Pasti tidak! kerana kita dicipta dengan sifat lupa maka mustahil untuk kita tidak melakukan dosa. Mungkin kita lupa untuk muhasabah diri menyebabkan kita tidak rasa berdosa atau sememangnya kita telah lupa akan dosa-dosa yang kita lakukan dek kerana terlampau banyaknya dosa atau kita telah terlampau biasa melakukan dosa sehingga hati kita tidak  lagi sensitive dan seolah-olah dibius oleh noda dosa kita sendiri..Nauzubillahi minzalik..Hakikat yang mesti kita ketahui, sejauh mana kita telah berjaya melupakan dosa-dosa kita atau tidak lagi sensitive dengannya bukan bermakna Allah turut menghapuskan dosa tersebut dan membolehkan kita terlepas dari perhitungan Allah di hari di mana tiada naungan selain dari naunganNya kerana Allah SWT menyebut dalam surah Al-Mujadalah ayat 6:

يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا ۚ أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

Oleh sebab itu kita juga dianjurkan untuk sentiasa memohon keampunan bagi dosa yang kita tahu dan dosa yang tidak terhitung, tidak sedar atau dosa yang kita lupa, sepertimana dalam mathurat:

“اللهم إنا نعوذبك من أن نشرك بك شيئا نعلمه, ونستغفرك لما لا نعلمه”

“Ya Allah kami memohon lindunganMu supaya kami tidak mempersekutukanMu secara kami sedari dan kami memohon keampunanMu atas apa yang kami tidak sedari”

Contoh dari Salafussoleh

Saya pernah membaca sebuah kisah salafusssoleh dalam buku Jamie ulum wal hikam dan ia menarik hati saya tentang bagaimana beliau menghitung dosa-dosanya dan dari kisah tersebut saya dapat lihat beliau seorang yang sangat memandang besar setiap dosa yang dilakukan sehingga cara dia memohon dosanya sangat mengagumkan, kita yang berjuta kali banyak dosa dari beliau pun tak buat mcam tu..Subhanallah yang telah mendedahkan kisah hamba-hamba yang hebat ini kepada kita sebagai pengajaran & qudwah.

Kisah pertama

Rayah Al-Qoisi berkata: “ Saya ada 40 dosa lebih.Saya telah beristighfar kepada Allah untuk setiap dosa itu sebanyak 100 000 kali”

Kisah kedua

Seorang hamba telah menghitung amalannya sendiri sejak waktu balighnya, lalu mendapati dosa-dosanya tidak melebihi 36 dosa.Dia pun beristighfar kepada Allah bagi setiap dosa itu sebanyak 100 000 kali.Dia juga bersembahyang seribu rakaat bagi setiap dosa itu dan mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap rakaat sembahyang itu.Dia berkata” Walaupun demikian. Saya masih bimbang kepada tindakan Tuhanku yang mungkin menghukumku atas dosa2 tersebut.Saya juga sentiasa bimbang kalau-kalau taubat saya itu tidak diterima”

Muhasabah

Berapa banyak dosa yang kita lakukan setiap hari?

Berapa kali kita mintak ampun atas dosa kita setiap hari?

Bagaimana untuk mempraktikkan hadis ini dengan sentiasa melazimi zikir dan istighfar di mana-mana kita berada?

Jangan sesekali putus harapan seolah-olah tiada gunanya meminta ampun kerana kita akan buat dosa lagi.

Bersihkan hati kita dengan istighfar, jangan sampai hati kita tidak lagi sensitive atas kesalahan yang kita lakukan kerana dosa yang banyak itu telah membius hati kita.

 

Wallahualam bissawab

*Rujukan: Jamie al-ulum wal-hikam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s