Menjadi akhawat yang sejati

Image

Bismilah..

Saya copy paste artikel ini..saya rasa inilah manifestasi tarbiyah  seorang akhawat, bukan sekadar jaguh di gelanggang dakwah bersama masyarakat, malah bagaimana untuk menjadi jaguh di dalam urusan rumahtangga & keluarga..Tugasan inilah yang menjadikan wanita itu lebih istimewa dari lelaki,kerana kaum Adam tidak mampu menggantikan kaum Hawa dalam ‘peranan besar’ yang satu ini. Mungkin satu hari saya juga ingin menulis post berkaitan ini..

Menjadi Akhawat yang sejati

Apa yang mula-mula anda terbayang bila membaca tajuk entri ini?

Siapakah akhawat sejati yang anda gambarkan?

Perumpamaan wanita ibarat bunga dan lelaki ibarat kumbang sebenarnya mempunyai makna tersirat yang sangat mengesani. Wanita dan bunga; mungkin ramai yang mengaitkan kedua-duanya dengan kecantikan fizikal, namun bagi saya ia lebih dari itu. Wanitalah yang berperanan  dalam memelihara ‘kecantikan’ suasana, kekemasan bilik tidur dan ruang tamu, dia jualah yang bertanggungjawab menyediakan suasana yang terbaik dan menyenangkan buat ‘kumbang’ yang akan pulang penat berkerja. Sudah tentulah, lelaki yang ibarat kumbang,tugas mereka memang diluar mencari makanan dan berkerja..datang singgah berehat di bunga-bungaan sebagai tempat melepaskan lelah.

Jika anda faham apa yang cuba saya sampaikan melalui perumpamaan di atas adalah siapa sebenarnya yang harus kita gambarkan sebagai akhawat sejati. Definisi rijal dakwah@ ghulam dakwah hakikatnya berbeza bagi seorang lelaki dan wanita, berbeza bagi seorang ikhwah dan akhawat. Mungkin anda gambarkan ikhwah seharusnya yang kuat berjihad diluar, yang itqan dan qowi dalam tugasan usrah dan tarbawi, yang digambarkan imam Hassan al Banna yang penat mereka hanya sempat tidur di dalam kenderaan kerana berkerja untuk ummat.

Lain pula bagi seorang akhawat sejati. Tafsiran dan ciri khas seorang akhawat itu bukanlah sebenarnya terletak pada sehebat mana dia mengeluarkan juhud pada amal dakwah sepenuhnya, tetapi sejauh mana dia mampu untuk menyeimbangkan tugasan dakwah dan tugasan sebagai seorang wanita;di rumah. Teringat saya pada pesanan anak perempuan seorang tokoh dakwah yang terkenal, bila mana ditanyakan apakah tarbiyah istimewa yang ayahandanya berikan padanya dia menjawab;

  Ayahku melatihku untuk belajar menguruskan rumah, belajar menguruskan anak, belajar menguruskan rumahtangga sehingga aku merasa rimas dan tertanya-tanya bilakah ayahku hendak memberikan aku tarbiyah dakwah yang lebih berat”

Benar, kerana akhawat sebenar adalah yang nasyat berkerja diluar, namun bila pulang ke rumah dia menjalankan tugasan memasaknya, yang membersihkan rumah walau seharian sudah berkerja diluar, mengambil berat rakan-rakan serumah dan menyelesaikan setiap tugasan kewanitaannya di rumah. Inilah cabaran sebenar menjadi akhawat sejati, malahan bila berbicara dengan sahabat-sahabat yang sudah berkahwin ramai yang berpesan bahawa banyak tarbiyah akhawat bermula dari rumahnya. Sejauh mana dia mengambil berat akan perihal kebersihan rumahnya, alatan dan keperluan rumahnya, kebajikan ahli rumahnya, kewangan dan bajet rumahtangga. Seorang akhawat yang hebat berdakwah tidak pernah terlepas dari tugas-tugas asasinya sebagai seorang wanita, kerana itu sehebat mana kita di luar rumah marilah cuba untuk tidak menjadikan kepenatan kita di luar sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dirumah. Sedarilah bahawa inilah tarbiyah sebenar yang dituntut dan perlu dilatih bagi setiap akhawat sejati.

Berkelana di negara orang, tiada ibu untuk menegur kita, tiada kakak untuk membantu melaksanakan tugasan kita. Hanya tinggal sahabat-sahabat serumah yang saling menasihati dan saling memberi qudwah pada kita. Pengalaman peribadi saya cukup menjadi pengajaran buat saya, serumah dengan ukhti-ukhti yang sangat ihtimam pada hal-hal rumahtangga, sangat cekap melaksanakan urusan rumah. Adakala saya sendiri bertanya; adakah layak untuk saya bergelar akhawat sejati? Apakah harus saya jadikan urusan sibuk diluar sebagai alasan melepaskan diri? Rasa sedih bila membandingkan diri yang tidak sensitif pada isu-isu rumah berbanding akhawat lain. Malah lebih malu untuk difikirkan isteri daieah bagaimana yang akan saya jadi bila sudah berumahtangga atas landasan bait muslim nanti?

Semoga artikel ini menjadi muhasabah buat kita semua sebagai akhawat. Kehebatan sebenar kita bukan diukur semata-mata daripada kepetahan berbicara, kekuatan stamina, nasyat berdakwah dari rumah ke rumah. Sedarilah bahawa kita sebagai akhawat punyai peranan yang tersendiri di rumah, hebatnya seorang daieah itu adalah bagaimana dia menguruskan tugasan rumah dan tugasan dakwahnya, hebatnya daieah itu adalah bagaimana dia mentarbiyah dan membesarkan anak-anak dalam masa dia aktif berdakwah. Sungguh, inilah cabaran sebenar dan jihad sebenar seorang akhawat sejati.

Ayuh, mari kita koreksi diri dan muhasabah diri. Masih ada waktu untuk perbaiki diri dan belajarlah menguruskan rumah anda sebelum menjejak ke marhalah seterusnya yang jauh lebih mencabar!

http://naseemalbahr.wordpress.com/2012/08/27/menjadi-seorang-akhawat-sejati/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s