Archive | April 2013

Rancang Wang, Hidup Senang

Image

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit intipati yang saya rasa menarik dalam buku yang telah saya baca. Buku ini saya beli kira-kira 2 tahun lepas, bertajuk “Rancang Hidup, Rancang Wang” tulisan HAMDY atau nama sebenar beliau Haron Mohd Yusof diterbitkan oleh imedia production.

Ini buku 1st berkaitan perancangan kewangan yang saya baca dan saya dapati ia sangat menarik dan informative. Saya mengesyorkan kepada kawan-kawan especially yang dah habis belajar dan baru nak start hidup sendiri untuk membaca buku ini.Buku ini bukan saja memuatkan panduan untuk merancang kewangan tetapi merancang kehidupan @ keluarga, penulis ada berkongsi pengalamam hidup bagaimana beliau mendidik anaknya. Dan yang paling best buku ini mengupas isu  bukan sekadar fakta tetapi praktikal berdsarkan pengalaman & pengamalan beliau, banyak idea2 menarik dan tips yang dikongsikan penulis.tambahan pula tulisannya turut menekankan aspek agama Islam..  Saya yakin sesiapa yang membaca buku ini pasti berpuas hati dan mendapat banyak manfaat darinya..:)

Antara yang disentuh di dalam buku ini

  1. Pembinaan kerjaya.
  2. Perancangan kewangan
  3. Takaful & insurans
  4. Pelaburan: saham, hartanah, emas
  5. Tips beli rumah & kereta
  6. Mendidik anak
  7. Kehilangan kerja & Masalah kewangan

Saya ingin mengupas beberapa tajuk yang saya fikir menarik & penting dan yang selebihnya saya syorkan anda membaca sendiri buku ini pasti banyak manfaat yang diperolehi..:)

Rancang..jangan tak rancang

Kewangan kita berterabur?? Antara perkara yang menyebabkan kewangan kita berterabur ialah kerana kita tiada GOL KEWANGAN yang ingin dicapai.Tambahan pula kita tiada ilmu dan tidak merasai kepentingan merancang kewangan.

Perkara utama yang perlu kita ketahui ialah kenapa kita merancang kewangan? Antaranya untuk memastikan pndapatan kita cukup pada masa diperlukan, membaiki taraf hidup dan yang paling penting ketenangan fikiran,tidak  dapat dinafikan masalah kewangan merupakan punca utama stress. Selain itu kita juga merancang kewangan untuk berkahwin,berikan pendidikan pada anak-anak, membeli rumah, supaya dapat bersara awal, kehidupan yang selesa dan  supaya kita meninggalkan cukup wang untuk keluarga jika kita mati nanti.Bagi saya pula apabila kita berada dalam jemaah dakwah, maka kita perlu target supaya dapat menyumbang lebih banyak kepada organisasi dakwah yang kita anggotai.

Jadi antara perkara yang ditekankan ialah kita perlu menetapkan visi kewangan kita. Sebagai contoh jika kita sekarang berumur 20-an kita boleh tetapkan pada umur kita mencecah 30@40 pendapatan kita sebulan adalah RMxxxx dan simpanan/pelaburan saya RMxxxxxx dan kita telah memiliki xx buah rumah dan sebagainya. Selepas itu, kita fikir & rancang bagaimana untuk mencapainya.

Tips-tips kewangan

Antara nasihat dari Azizi Ali

  1. Tumpukan pada yang utama..perlu ada priority list untuk barang yang diingini.
  2. Bersyukur dengan apa yang ada..betul 3x
  3. Ubahsuai rumah secara berpatutan
  4. Elak aksesori kereta
  5. Beli satu tahap ke bawah drpd kemampuan hari ini
  6. Hati-hati dengan kad kredit
  7. Beli yang berkualiti..yang ni memang saya setuju sangat!!
  8. Kurang & pendekkan panggilan telefon
  9. Pergi shopping dengan perut kenyang.. ni saya pernah cuba memang kurang sikit nafsu nak membeli tu..
  10. Gunakan toiletries dan alat solek yang murah
  11. Gunakan peralatan senaman yang rendah harga
  12. Gunakan online banking..ni pun saya setuju, mudah, jimat duit minyak nak gi bank untuk bank-in duit, dan jimat masa jugak nak beratur kat bank..:)

Tips dari penulis buku

SIMPAN dulu baru BELANJA.Beliau sarankan supaya buat potongan gaji ke Tabung Haji atau simpan dalam akaun yang susah untuk diambil keluar(maksudnya mungkin perlu pandu jauh, kene isi borang..lecehla sikit) Jika kita buat macam tu, tanpa kita sedari simpanan kita meningkat dan sangat berguna di kala kecemasan..

Antara perkara yang juga menarik perhatian saya ketika membaca buku ini ialah..dalam perancangan  kewangan kita juga perlu menyediakan reserve sekurang-kurangnya 9 bulan.Rasionalnya, jika apa2 berlaku kepada kita, kita masih lagi survive tanpa bekerja untuk beberapa bulan. Kalau nak tahu cara pengiraan untuk reserve ni, bacala sendiri ye..;)

Bayar Zakat

Beliau juga mengingatkan kita supaya membayar zakat pendapatan untuk membersihkan dan menambah keberkatan dalam hidup kita . Kadarnya 2.5%. Bagaimana pula nak kira?? Ada 2 cara

Pertama: 2.5% x pendapatan kasar

Kedua: 2.5%  x pendapatan bersih

Dan buatlah pembayaran kepada agensi yang memungutnya.

Takaful

Image

Bagaimana pula isu berkaitan takaful/insurans. Penting ke? Takaful Hayat vs Pendidikan vs Perubatan, mana satu lebih baik atau ambil semua jenis atau pilih mana yang pulangannya lebih baik? Di sini beliau mengupas dengan detail sekali,dikongsikan juga tips2 dalam membeli insurans@takaful…dan saya tak mampu nak cerita semula, mungkin anda boleh dapatkan sendiri buku ini..

Pelaburan

Salah satu cara untuk menambahkan kewangan kita ialah melalui pelaburan.Di dalam buku ini macam-macam yang disentuh daripada Amanah saham(ASB), KWSP dsb.

Ada juga diterangkan  secara jelas status  ASB samada halal@haram@syubhah. Anda boleh baca sendiri dan buat pilihan, saya setelah membacanya, saya mengeluarkan wang dalam ASB saya dan saya masukkannya dalam Tabung Haji, saya rasa dengan tu saya lebih tenang..

Beliau juga mnyentuh bagaimana emas dapat menjadi satu pelaburan alternative kerana harganya yang sentiasa meningkat..Ini boleh dilakukan dengan membuka Akaun Emas di Maybank.. ataupun bagi kaum wanita belila emas..:)

Membeli rumah dan kereta

Image

Di sini penulis juga menerangkan perkara-perkara berkaitan pembelian rumah. Antara nasihatnya beli rumah semasa muda kerana menyewa dalam tempoh masa yang lama agak merugikan. Contohnya, kita menyewa RM500/bulan, setelah 5tahun  tanpa disedari kita telah bayar sewa sebanyak RM 30 000!! Dan ini bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Dan Loan rumah janganlah 25 tahun kerana kita akan rugi dengan membayar faedahnya..

Dalam membeli kereta juga ada tips tapi dah tak larat nak tulis..:(

Mendidik Anak-Anak

Penulis juga berkongsi pengalaman beliau mendidik anak2, bagaimana beliau ajar anak-anak hafaz quran dari rumah, pemilihan tadika,tuisyen perlu atau tak??, cara beliau mngurus waktu anak-anaknya dan macam-macam lagi..menarik!!!

Akhirnya

Rasanya setakat ini sahaja yang saya mampu tulis, moga ada manfaat dari post saya kali ini..Semoga ia menjadi pemberat mizan hasanat saya  kelak..Bagi sesiapa yang berminat nak baca tentang pengurusan kewangan,sebenarnya ada pelbagai lagi buku menarik seperti buku “Ke Mana Wang Anda” tulisan Hajah Rohani seorang pakar kewangan Islam.Saya  scanning saja,tak sempat nak baca lagi..huhu.. dan macam-macam lagi buku..cari je kat kedai buku, Cuma yang saya baca ni saya rasa ia islamik & syariah compliant..:)

Image

Saya akhiri dengan sebuah hadis

“Sebaik-baik harta yang baik adalah dimiliki oleh orang yang soleh” –hadis riwayat Ahmad-

Maknanya Allah suka jika harta dunia ini dimiliki oleh oaring saleh sbb mereka tidak salahgunakan harta, bersyukur dengan nikmat serta menggunakannya untuk manfaat orang lain..

Wallahu’alam bissawab..

* Alhamdulillah dapat juga habiskan post ni sebelum ke PTM. Sabtu ini saya akan menghadiri sebuah seminarparenting tentang “Seminar Asas-asas Menghafal Quran dari bayi” oleh Islamic parenting network..Semoga Allah memudahkan urusan saya, saya harap dapat kongsi juga apa yang saya dapat nanti di sini..

Advertisements
This entry was posted on April 4, 2013, in Buku. 2 Komen