Arkib

Jangan merajuk wahai Ukhti..

Image

Bismillah..

Pada suatu hari, 3 akhawat telah pergi ke sebuah kampung untuk mengedarkan risalah berkaitan pilihanraya, sampai di kg tersebut  mereka keluar dari kereta dan menuju ke tempat sekumpulan wanita pertengahan usia untuk mengedar risalah sambil menyeru kepentingan mengundi  calon muslim berwibawa untuk meramaikan suara muslim di perlimen. Tak sampai 5 minit keberadaan mereka di situ datang seorang pak cik menyuruh mereka keluar dari kampong tersebut, nadanya tinggi berbaur marah. Lantas akhawat tersebut memohon maaf dan cuba menyatakan hasrat dan tujuan mereka, namun ia tidak diterima dan mereka disuruh keluar juga dari kampung tersebut. Lalu mereka akur, namun tetap bermanis muka sambil berterima kasih kepada penduduk kampong yang sempat mereka jumpa.

Di dalam kereta ukhti A berkata “sedihnya, kene halau , lemah semaangat rasa”. Yang lain pun mengiakan dan mereka terus berbincang  kemungkinan sebab penduduk kg tersebut tidak menerima kehadiran mereka, ukht B pula berkata “mungkin kita datang waktu yang tak sesuai kot”.Mereka cuba bersangka baik dan berlapang dada. Setelah gagal di sana, mereka pergi pula ke sebuah pasaraya. Walaupun dalam hati sudah rasa lemah dek kejadian tadi, mereka cuba kuatkan semangat dan edar risalah di depan pasaraya pula. Pelbagai reaksi masyarakat ada yang positif, ada juga yang dengar sahaja dan ada juga yang buat tak layan.

Ukhti B berkata “ana dah rasa down lepas kejadian tadi la..” Kemudian Ukht A berkata “ xpe kita buat je, yang Allah nilai ialah usaha kita..” Mereka mereka terus mengedar risalah dengan pelbagai respon masyarakat. Tiba-tiba Ukht A bersuara “ Jadi daie ni  memang kene muka tebal kan?, walaupun ada segelintir orang macam tak nak dengar je kita cakap kita perlu sampaikan juga dakwah ni..Ana ni kalau bukan sebab  ana ditarbiyah dan faham tentang dakwah, kalau sekali orang tolak, mesti ana dah tak kan buat dah benda2 macam ni” Ukhti B dan C yang mendengar dan bersetuju. Tidak lama kemudian ukhti B berkata seolah untuk memberi semangat “Kalau orang peminta sedekah tu, tak malu je duduk depan pasaraya mintak sedekah,tapi kita bukan minta sedekah pun nak menyeru masyarakat kepada kebaikan lagi” Di sela waktu yang lain pula Ukht B berkata “ Kalau orang yang jual produk2 tu, tak malu pun nak cakap ttg produk dia, malah bangga untuk cerita kat orang tentang produk tersebut walaupun ada je orang tak dengar, kalau ikut kita ni lagila berdakwah untuk kepentingan umat, patut kita perlu lagi bangga dengan produk kita!!” Ukhti A berasa beruntung dikelilingi oleh akhawat yang sentiasa optimis & positif walaupun pada hakikatnya tengah sedih..Selesai mengedar risalah mereka pulang. Dalam perjalanan pulang ke ipoh mereka terus berbincang tentang peristiwa yang dialami. Kali ni giliran ukhti C pula membuka mulut “ Akk, saya teringat kisah Hassan Al-Banna pergi berdakwah di kedai-kedai kopi…” mereka pun sambung bercerita lagi. Tidak lama lama kemudian ukhti A menyatakan “mungkin juga ada dosa-dosa atau kelalaian yang kita buat menyebabkan manusia terhalang dari dakwah kita kot, satu perkara yang perlu untuk kita muhasabah diri, tapi yang penting bagi ana inilah kafilah dakwah sebenar di medan yang sebenar” Kemudian mereka masing-masing senyap(bermuhasabah sendirian mungkin) dan ukhti A terus memandu  terus ke destinasi mereka di ipoh..

-the end-

Panjang kisah ini, apa yang dapat saya pelajari dari peristiwa ini ialah..

1.Yang pertama dan utama..Seorang daie tak boleh merajuk dengan mad’u dan tidak boleh berputus asa dengan suasana di sekelilingnya. Kita perlu kuat ketahanan diri. Dakwah bukan untuk orang yang manja..Cuba bayangkan kalau Rasulullah merajuk dengan penduduk kafir mekah atau penduduk Thaif, pasti dakwah tidakkan sampai pada kita kan?

2. Rasa sangat seronok berada di samping akhawat dalam susah senang yang sentiasa memberikan motivasi dan optimis. Latih diri untuk sentiasa positif walau apapun terjadi..part ni memang susah..T_T

3. Akhlak seorang daie, walaupun ditolak perlu sentiasa senyum, bermanis muka,merendah diri dan beradab walaupun dalam hati sedih dan kadang-kadang  marah pun ada. Dan begitulah tarbiyah mengajar kita untuk sentiasa berlapang dada..

4. Bermuhasabahlah, mungkin ada di sana salah silap kita yang akhirnya melambatkan kafilah dakwah itu sendiri. Yang asasi perlu sentiasa menjaga amal fardi seperti  tilawah, qiyam, zikir, solat sunat dan sebagainya.Ini membawa saya teringat kepada pesanan Umar Al-Khattab kepada tenteranya:

“Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan..

 Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supayamenjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh2 Islam..”

  

Semoga Allah member kekuatan & memberkati setiap usaha yang dicurahkan..

Wallahua’lam..

Advertisements

Dari Hati ke Hati

Image

Bismillah wal hamdulillah bi ni’matihi tatimmussolihat..

Dah alang2 update blog copy paste banyak sikit..:) Juga perkongsian di FB..kerana diriku ingin menulis untuk UMAT..

Hari ni macam banyak perkara nak berkongsi dengan akhawat..:)

Sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya & akhwat yang ana sayang kerana Allah…

Ramadan telah berlalu, tetapi sejauh mana kita berjaya mengubah diri kita ke arah LEBIH BAIK??? Nak tahu ramadan kita diterima atau tidak cuba lihat prestasi kita skrg?? Adakah kita kekal dengan momentum ibadah yang sama atau raya ke mana mutabaah amal ke mana??

Bagi yang sedang bercuti espcially yang tahun akhir..apa perancangan kita?? Isilah masa dengan sebaik mungkin.. masa tak banyak sebelum pulang BFG(beramal di msia) hanya SEBULAN @ 2 BULAN sahaja, yang sebenarnya tak cukup untuk kita kejar n mantapkan diri dari pelbagai sudut..Adakah kita masih berada di zon selesa??Pesanan dari murobbi ana..”manfaatkan secara optimum masa yang berbaki di Mesir utk tarbiyah diri, penguasaan ilmu tanzimi haraki dakwi tarbawi..Sediakan diri sebagai akhwat yang berketerampilan, energetik dan berwawasan. Baiki dan rawat permasalahan peribadi yang boleh mengganggu gugat keberlangsungan diri dalam Dakwah & tarbiyah”

Bagi adek2 di msia pun jangan lupa isi masa sebaik mungkin..tunaikan hak yang sepatutnya pada family, tunjukkan QUDWAH, kerana antum ialah insan yg punya TARBIYYAH..bukan orang2 biasa..Bacalah buku2 tarbiyah di sela masa yang ada..tekunkan diri dalam MUTABAAH AMAL masing2, jangan CULAS..kerana hanya dengannya HATI kita HIDUP..sampaikan kebaikan @ nasihatkanlah keluarga kita, jika mampu..kerana ini manifestasi kefahaman kita terhadap tarbiyah & dakwah..
TARBIYAH itu menggerakkan manusia..Apa erti TARBIYYAH jika PASIF!!!!

Semoga Allah sentiasa merahmati & memberikan TAUFIQ & HIDAYAHNYA pada kita..

Akhir kata ana tutup dengan..Ayat surah At-Taubah : 105

“Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Uhibbukunna Fillah..♥♥♥

Terbatas menjadi teratas

Bismillahirrahmanirahim…

Masjid Abul Abbas Al-Morsi

Beberapa hari ni ana pun tak tahu sbb ape rase tak semangat sgt..padahal baru tulis post pasal “jiddiyah”..hehe..tak meresap kot..huhu

Disebabkan kelemahan mencapai tahap kritikal, terasa diri perlukan sentuhan & taujihat yg lebih Menenangkan…so ana decide utk keluar dr rutin harian n pegi solat Jumaat di masjid kegemaran: Masjid Abul Abbas (dkt ngan Qal’ah),dah lama tak pergi solat jumaat sejak stat sem baru ni sbb tiap2 jumaat ade prgm..kelas tafaquh..kls Fiqh perubatan..kelas arab…adoiii!!

Normal untuk seorang manusia lemah semangatnya,yg abnormal ialah tidak bangkit setelah jatuh (berfalsafah pulak)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” [ali-imran:139]

And at last alhamdulillah I gain back my strength..kene bljr untuk naikkan semngat sendiri..bg seorg ukhti daieyah tiada masa untuk tidak semangat n tiada masa untuk bersenang-lenang krn kerehatan hakiki cuma di SANA..

Tetiba teringat  pada taujihat sblm ni yg pernah diberikan  mll emel oleh seorg ukhti ana..k.yaya..(setelah dipaksa untuk bagi nasihat..haha) Ana bukak emel n baca lagi skali..Jazakillah sgt..saja nak abadikan emel dia kat dlm blog sbg tnda penghargaan..uhibbuki fillah..

akhir kata..semoga diri terus bersemangat utk meneruskan perjuangan…

P/S : kepada k.nadia bole la buat blog lepas ni…(^_^)

salam…ati..sht ke? smoga sentiasa dibwh lindungan Allah SWT..

camne study? ok x? kene semangat ati…semangat cam selalu2 ati smgt dlm tarbiah…jgn futur dek krn kene belajar…dek krn xde masa…jgn malas…ingat balik study utk apa????…kan ijazah demi risalah…
terbatas menjadi teratas
walaupun selalu masa terbatas…x salah utk jd yg teratas…malah sgt2 digalakkan…jd…camne nk jd yg teratas klu semangat tetibe luntur tahap maksima…jgn lunturkan semangat ati yg membara sblm ni….kan ati ade target 10thn akn dtg apa yg ati akn buat….kan3x??? akn tercapai ke target tu tanpa usaha dr sekarang…..
kita yakin ati boleh….klu risau xde masa…yakinlah Allah akn sentiasa bantu ati… “klu engkau melapangkan masamu utk Allah,maka Allah akn melapangkan masanya utkmu”
jd….ati kene semangattttt………ingattt….semangattttt n usaha…klu semangat membara….usaha kene lg membara…. usaha merentasi semangat…hehehe…
robbuna yusahhil ati…robbuna yunajjah…semoga berjaya didunia n di akhirat…
semoga menjadi agen penggerak dlm memakmurkan bumi Allah

Musim Panas=Cuti Panjang=Masa lapang

demi_masa_copy

Bismillahirahmanirahim…

Walaupun sekarang ini dikira sudah pertengahan cuti summer,rasanya masih tak terlambat untuk ana coretkan sedikit ole-ole untuk dikongsi bersama kemanisannya dengan pembaca semua…Musim Panas=cuti panjang, ada yang pilih untuk bercuti di Malaysia dan tidak kurang juga yg memilih destinasi percutiannya pada kali ini di Mesir..hehe..Bagi setengah yg special case pula,tiada pilihan!! samada family suruh balik Mesia walaupun hatinya sudah terpaut pada Mesir @ family tak kasi balik sedangkan hatinya rindu  teramat pada Malaysia. Sebenarnya, walau dimana pun destinasi percutian kita pada kali ini,ia bukanlah perkara pokok, tetapi persoalanya sejauh manakah kita memanfaatkan cuti yg panjang & masa yang banyak ini??? Mari kita lihat…

  • Joyah: Saya bercuti di Malaysia, saya habiskan masa cuti ini dengan buat attachment di hospital berdekatan dengan rumah, tolong mak buat kerja-kerja rumah.Ada jugak turun ke kolej persediaan untuk berkenalan n berkongsi pengalaman dengan junior yg bakal fly ke Mesir.Selebihnya saya isi dengan baca buku or lagi best balik kampong.
  • Senah: Mmm..cuti aritu duk rumah je, tak tau nak buat ape..asyik makan tidur,tengok TV,main tenet..sekali-sekala balik Kg jumpa sedara kat sana..
  • Combi: Kali ni saya stay di Mesir, saya  ambil kelas Quran, kelas Arab..ade jugak ikut daurah atau kelas tafaqquh kitab. Kadang2 ikut rehlah@ jaulah ke tempat2 menarik kat Mesir ni..

Ana kira wajar untuk kita renung sejenak,di mana kita salurkan masa kita  pada cuti kali ini…

Remaja @ pemuda ialah tempoh  yang paling produktif bagi seorang manusia. Ini kerana pada pemuda ada kekuatan,semangat,keberanian,kebolehan,intelektual dan lain2. Hal ini jelas dapat kita lihat pada zaman Nabi,di mana para pemudalah yang menjadi pendokong risalah Nabi sedangkan kaum tua banyak memusuhi Nabi SAW. Hadis di bawah  menunjukan betapa Rasulullah mengiktiraf kelebihan pemuda berbanding orang tua.

Sabda Nabi SAW:

أصيكم بالشباب خيرا فإنهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب و خالفنى الشيوخ

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku”

Pesanan Sang Murabbi SAW kepada Pemuda

Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah. Oleh itu Nabi telah pun berpesan kepada kita:

اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك و صحتك قبل سقمك و فراغك قبل شغلك و شبابك قبل هرمك و غناك قبل فقرك

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,

sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu

Bagi pemuda yang sentiasa istiqamah baginda berkata :

إن الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبؤة

“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda

(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah)”

Tetiba terfikir layakkah kita untuk mendapat pujian ini???

Rasulullah juga berpesan kepada kita supaya sentiasa bermuhasabah diri tentang tanggungjawab kita di hadapan Allah di akhirat kelak di dalam hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi:

لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن اربع: عن عمره فيما أفناه ؤ عن شبابه فيما أبلاه و عن ماله من اين اكتسبه و فيما أنفقه و عن علمه ما عمل فيه

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Masalah

Masalah yang ana rasa selalu melanda  di kalangan kita,termasuk diri ana sendiri ialah kurangnya motivasi diri kearah memproaktifkan diri atau bergerak kea rah hadaf yg kita sendiri telah gariskan atau (paling penting sekali) suka bertangguh.

Dalam hidup ini tiada perkara yang mudah, semuanya perlu kepada usaha dan pengorbanan. Inilah yang Allah sebut di dalam surah Al-Ankabut :2-3

Apakah manusia mengira bhw mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan “ Kami beriman” sedangkan mereka tidak diuji.Dan sungguh Kami telah menguji orang2 sebelum mereka,Maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta.

Memang sudah menjadi tabiat manusia suka untuk bersenang-lenang,jadi di sinilah ujian yang harus kita hadapi.Kita perlu memaksa diri untuk keluar dari ‘comfort zone’ ini. Normal untuk seseorang manusia itu terhanyut dari arus yg sebenar kerana tabiat iman itu sendiri ‘yazid wa yanqus’(bertmbh & berkurang). Jangan kita kecewa kalau terlalai sepanjang cuti ini yang penting ialah jgn terus hanyut,tetapi upayakan diri untuk berenang ke muara…Susun  step2 untuk mengisi masa ke arah kebaikan dan selalulah bermuhasabah. Eratkan hubungan dengan Allah kerana Allahlah yg mengawal hati2 manusia & pada Dialah selayaknya untuk kita pohon kekuatan.Selalulah melihat kesusahan orang lain supaya kita tertolak untuk  berusaha memperbaiki diri.Dan sedarlah setiap bala dan kehinaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah hasil tuaian perbuatan kita sendiri walaupun bukan kita yang menjadi mangsanya..

400_0___10000000_0_0_0_0_0_israeli_soldier_points_his_gun_at_a_palestinian_child_in_hebron_city_2007

Dan kenapa kamu heran ketika ditimpa musibah(kekalahan perang Uhud),padahal kamu telah menimpakan musibah 2 kali ganda(kpd musuh-musuhmu di perang Badar) kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari kesalahan dirimu sendiri”. Sungguh Allah Maha kuasa atas segala sesuatu

[Ali-Imran:165]

Muhasabah

Dan akhir sekali, elok kiranya ana tinggalkan diri ana dan antum satu persoalan..

Adakah kita cukup bersedia untuk menjawab soalan Allah SWT dalam hadis Nabi…“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Dengan disertai hujah dan bukti yang kukuh?? Jikalau “YA” Alhamdulillah.. namun jika jawapannya “TIDAK” Mari kita bergerak dan berusaha memperbaiki diri..Chayok.. Jangan bertangguh lagi kerana sesungguhnya ajal semakin menghampiri kita…

Wallahu’alam….

Rujukan: Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini (ust.Fathi Yakan)

Wajibat 38

3226265295_250c153f48

Bismllahirrahmanirahim…

Hari ni ada seorang ukhti mengingatkan ana tentang wajibat 38…

Jadi terdetik pula di hati ni untuk berkongsi tentang wajibat ni bersama orang lain.

[Ini ana copy paste dari blog ust.Halim-Ini jalanku]

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38

  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20. Jauhi riba.
  21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

Semoga ana istiqomah dalam memperbaiki diri…

Ya Allah,kerana Mu hidupku indah..

Satu Janji

Bismillahirahmanrahim….

taubat

Ada apa dengan janji??

Ia bukan janji biasa kerana ia bukan CINTA biasa

Bukan janji seorang kekasih kepada buah hatinya,mahupun janji seorang sahabat kepada teman karibnya..

Tetapi ia adalah janji suci

Janji hamba kepada Tuhannya, janji makhluk kepada khaliqnya

Janji I

“Bukankah Aku ini Tuhanmu; bahkan kami bersaksi”

[Al-Quran]

Ya! Janji yang telah diikat,teguh terpatri sejak azali..

Janji II

“…Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam”

[6: 162]

Tanpa aku sedari, aku telah banyak kali berjanji bahawa hidupku matiku keranaMu ya Allah..

Demi mencari REDHA-Mu Rabbi..

Janji III

“Wahai orang-orang yang beriman,mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?.Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

[61: 10-11]

Urusniaga antara hamba dan Tuhannya

Mentaati-Nya dalam RELA jua TERPAKSA

Peringatan I

“Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan jangan kamu mengkhianati amanahmu”

[Al-Quran]

Wahai jiwa yang sering lemah..

Jangan dikhianati Tuhan,KekasihNya,amanahmu dan janjimu..

Peringatan II

“Katakanlah wahai Muhammad: Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu,dan kaum keluarga kamu,dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai menjadi perkara yang kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk AgamaNya; maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksanya)…”

[9: 24]

Ya muqallibal qulub thabbit qulubuna ‘ala dinik wa ‘ala thoatik wa ‘ala jhadi fi sabilik..

Pelawaan Indah

“ Wahai jwa yang tenang;Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan kamu berpuas hati dan redha (di sisi Tuhanmu);Serta masukla kamu ke dalam golongan hambaKu yang berbahagia;Dan masuklah ke dalam syurgaKu!”

[90: 27-30]

Bagaimana untuk menyambut pelawaan yang indah itu??

-Kotakan janjimu…!!! & berusaha lah demi menunaikan amanah yang terpikul di bahumu..!!

Ingatlah wahai jiwa yang sering lupa..

‘Yang dinilai bukanlah siapa yang terlebih dahulu berjanji tetapi siapa yang terlebih dahulu menunaikan janjinya’

Taqabbalallahu minna wa minkum..

Wahai Tuhan.. keranaMu hidupku ini INDAH…

090207