Arkib

PTM di port dickson

Bismillah..
Hari ini dapat surat panggilan utk progrm transformasi minda di port dickson..
Masih belum bersedia utk mula berkerja..huhu

image

Advertisements

Berhias gaya muslimah

Image

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerana dirimu begitu berharga

“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadisriwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan bagaikan isi dengan kuku.

Cuba bayangkan air teh tanpa gula, pasti rasanya tawar kan?..itulah ibaratnya kecantikan bagi seorang muslimah,bagaikan gula yang memaniskan teh dan bagaikan seri yang mengindahkan rupa..

Apabila kita menyebut tentang kecantikan janganlah kita letakkan piawaian seperti model-model iklan tu..hakikatnya berapa peratus sahaja perempuan yang dianugerahan kecantikan sehebat mereka, yang lain semua adalah wanita average macam kita-kita ni kan.Mungkin terdetik dalam hati “Aku tak cantik pun..biasa2 aje”, tapi itu bukan pokok pangkalnya sebab “ Everyone is beautiful in their own ways”. Betul tak?? Yang penting kita jaga atau tidak kecantikan yang  telah Allah beri pada kita dan kita ada usaha atau tidak untuk menghias diri agar tampil kemas, sopan dan cantik.

Kali ini saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat dari sebuah bengkel yang telah saya hadiri berkaitan dengan personal image transformation, ataupun orang sebut ‘grooming class’la lebih kurang..tapi yang saya hadir ini syariah compliant  ye! Sesuai untuk  para muslimah..inshaAllah..

Image

Saya dan Pn Raihan yang merupakan trainer dalam workshop tersebut

Fokus seminar tersebut lebih kepada bagaimana untuk kita tampil matang & professional dalam kerjaya yang  kita ceburi.Rata-rata yang pergi ke workshop tersebut merupakan bakal doctor, pelajar master, guru, perkerja professional dan juga student undergraduate..Dari perak 4 orang akhawat yang pergi termasuk saya..;) Pelbagai ilmu yang saya dapat dari workshop tersebut, antaranya ialah:

  1. Gaya personality diri
  2. Pemilihan pakaian mengikut ketinggian,bentuk badan dan warna kulit.
  3. Pemilihan tudung mengikut bentuk muka
  4. Penjagaan kulit wajah & asas make-up

Tapi apa yang saya nak focus pada post kali ini ialah berkaitan penjagaan kulit wajah (skin care)& asas make-up..

Routine Skin Care

Setiap wanita mesti mempunyai rutin basic skin care, sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan petang/malam). Memang bunyinya macam leceh tapi kalau kita dah biasakan diri lama-lama okla kan. Lagipun menjaga kecantikan pun salah satu manifestasi syukur kita kepada Allah atas nikmat yang diberiNya. Trainer tu ada kata juga  keadaan kulit kita sekarang ialah hasil penjagaan kita 5 tahun lepas..jadi kalo kulit muka kita macam x sihat, pucat ,nampak tua dari umur sebenar  ialah kerana kita tak jaga betul2 waktu dulu..

Memetik satu kata-kata “There is no such thing as an UGLY woman, just a LAZY one”. Jadi marilah kita bersama-sama memotivasikan diri untuk menjaga kulit kitaJ

Jadi apakah routine skincare yang perlu kita buat?? Ada harian dan mingguan..kita pergi satu per satu..

Harian(Siang)

  1. Cuci muka/ Facial wash
  2. Toner: Toner ni penyegar untuk kulit muka, dia juga berfungsi untuk buang lebihan make-up atau habuk/kotoran di muka. Ada sesetgh kulit yang bila pakai toner lagi banyak jerawat (esp yg oily skin) jadi mereka ni x perlu pakai toner pun xpe..
  3. Eyecare: banyak sangat krim untuk mata yang ada jual di kedai sekarang. Anti-puffiness, anti dark circle..pilihla mana nak
  4. Serum: kalau umur dah >25tahun tu disarankan pakai serum.  Serum berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Ia bertindak untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah. Ia juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
  5. Mosturizer: Yang ini sangat penting dan asas, sebelum bedak atau compact powder perlu sapukan pelembab dulu..bagi kulit yang oily mungkin boleh cari oil control moisturizer atau pakai serum sahaja.
  6. Sunblock: pilihlah yang SPF25-30..tapi yang ni biasanya skrg dah included dalam moisturizer @ compact powder yang kita pakai..jadi kalau dah termasuk xperlu UV block ni pun xpe..kenapa ia penting?? Bukan sahaja kerana nak elak kulit bertambah gelap ye tetapi juga untuk mengelak kanser kulit kesan dari sinaran UV yang berlebihan. Selain itu, UV akan mempercepatkan proses penuaan kulit, jadi boleh menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia sebenar kita..orang katala..WA
Image

Contoh skincare product di pasaran Malaysia

Harian (petang@malam)

  1. Cleanser: untuk membuang makeup yang dipakai walaupun sekadar compact powder juga membuang kotoran/habuk yang melekat di muka, kerana inilah yang menyebabkan timbulnya jerawat apabila ia terkumpul. Trainer tu cakap tak cukup sekadar guna pencuci muka, sebaiknya kita bersihkan dahulu muka kita baru cuci..
  2. Facial wash: seperti biasa
  3. Toner: seperti biasa
  4. Eye care
  5. Night cream: Apakah kepentingan krim malam. Pada waktu  malam, regeneration process untuk kulit berlaku 3 kali lebih pantas dari siang. Jadi bila apply krim malam ini, dia akan membantu membaiki dan merawat kulit kita pada waktu malam

Rutin Mingguan

  1. Scrub: ini untuk membuang tisu-tisu mati di wajah
  2. Mask: melembap, memberikan nutrisi pada kulit serta menganjalkannya..

*tapi sekarang banyak je jual mask yang 2in1, function sebagai scrub & mask yang melembap, jadi bagi wanita yang bekerjaya, tidak perlu buang masa, just tempek sekali sahaja..:)

Begitulah routine skincare seorang muslimah.sekadar pengamalan saya beberapa minggu, Nampak perbezaan berbanding dahulu..Akhawat cubala, mesti  ada perbezaan insyaAllah..Cuma perlu bersemangat untuk terus konsisten, tambah2 bila dah sibuk bekerja..

Make-up

Dan seterusnya saya nak berkongsi 3 langkah make-up ringkas bagi muslimah..tak sampai 5minit pun boleh siap..

Sebelum tu seperti biasa kita cuci muka kita, pakai toner dan sebagainya

  1. Apply serum, moisturizer + sun block(optional, kalau dah ada SPF kat dalam moisturizer tidak perlu lagi)
  2. Apply powder samada compact powder ataupun loose powder(ni bukan bedak baby tau). Terpulang kalau ada yang nak pakai baby powder, tapi pendapat saya jika dah bekerjaya takpe jela kan nak bercompact powder sebab dia ikut warna kulit sikit berbanding bedak baby yang berwarna putih dan dia buat kita nampak lebih berketrampilan, sekadar pandangan..Di sini nak bagi tips sedikit dalam memilih compact powder, kita perlu pilih yang sesuai dengan warna kulit kita, supaya takdela nampak pelik kan, muka putih sangat tapi tangan gelap pulak kan atau pun sebaliknya..Jadi macam mana nak pilih? Ambil bedak tu try letak/sapu di tulang rahang kita, tengok serasi atau tidak..
  3. Lastly oleskan di bibir lip balm atau lip gloss, supaya ia tidak nampak pucat lesi.

Tambahan: kalau nak tambah eyeliner/celak terpulang kepada diri masing-masing

Image

Loose powder, orang kata sesuai untuk kulit berminyak..WA

Dalam class tu, dia ajar macam-macam lagi, foundation, concealer,cara apply blusher, eye shadow, mascara,lipstick dsb..Cuma saya rasa  itu tak perlu, biar kita kekal sebagai ukti muslimah yang sopan dan bersederhana..Kita make-up bukan untuk menarik perhatian manusia tetapi supaya kita tampil kemas , sopan dan bertenaga bila berhadapan dengan masyarakat yang juga merupakan mad’u kita, takdela nampak pucat macam mayat berjalan je kan.Bagi saya ketrampilan diri akan menambah self confidence bagi seseorang dan mempamerkan satu self-image yang positif pada orang di sekeliling kita.Kita pun tak nak la orang kata pakai tudung labuh tapi nampak comot je kan..(muhasabah untuk diri sendiri juga) kerana kita adalah qudwah kepada masyarakat.Tapi lain orang lain pandangan mungkin sesetengah lebih cenderung untuk memilih pendapat yang lebih tegas, tapi saya selesa dengan pendapat yang mengharuskan tetapi tidak boleh berlebihan.Yang paling penting jagalah niat kita..terpulang kepada anda untuk menilai dan memilih..WA

Tapi bukan saya kata kita tak perlu belajar ilmu yang macam-macam  tu,sebagai wanita especially akhawat,penting untuk kita tahu make-up,Cuma beza kita dengan orang lain ialah di mana dan pada siapa kita berhias.Saya syorkan untuk akhawat belajar sedikit sebanyak tentang ilmu ini.Frankly speaking, seronok juga belajar perkara2 macam ni..Mungkin berguna di masa akan datang..saya rasa antum faham maksud saya..

Dan saya rasa cukup setakat ini perkongsian saya. Dah panjang sangat celoteh ni, rasa macam dah jadi mak andam pulak..hehe..

Semoga penulisan kali ini menjadi pemberat mizan hasanat saya kelak dan memberikan manfaat pada semua akhawat especially dan semua muslimah di luar sana.Semoga Allah mengampunkan saya jika ada salah dan silap dan semoga Allah sentiasa meluruskan niat saya dalam setiap perkongsian..

Saya akhiri dengan sebuah kata-kata:

“The image you project reflects your personality,your values,your capabilities and your level of professionalism-your PERSONAL BRAND”

Wallahu’alam bissawab..

Selamat pengantin baru

Bismillah..
Mabruk kepada sepupu saya farhana ghazali kerana telah selamat bernikah jumaat lepas dengan pasangannya hazuan..
Selamat bercinta hingga ke syurga..:)
Gambar di majlis resepsi

image

image

image

Surat perlantikan SPA

Bismillah..
Alhamdulillah harini dapat surat perlantikan spa…
Dah nk start kerja dah ni, tapi masih rasa macam  tak sedia lagi..huhu..

image

Semoga Allah memberikan yang terbaik utk saya..:)

Realiti masyarakat

Bismillah..

Pada suatu hari saya pergi ke satu kenduri kahwin bersama mama dan nana..Kami masuk ke dewan, cantik sungguh hiasannya! Makanan yang dihidang pun nampak sedap, setelah bersalaman dengan tuan rumah kami pun ambil makanan. Kedengaran ada nyanyian lagu inggeris lama yang dinyanyikan oleh seorang pakcik yg mungkin saudara atau kenalan kepada tuan punya majlis, sebuah lagu cinta saya fikir..kemudian kami duduk dan mula menjamah nasi minyak yang sgt sedap.

Sedang asyik makan, saya dengar juruacara berkata dalam majlis itu, selepas ini akan ada persembahan tarian oleh sekumpulan kanak-kanak yang akan menarikan sebuah tarian yang terkenal di seluruh dunia..dalam hati saya tertanya2, ” tarian terkenal seluruh dunia, tarian apekah itu? ingatkan ada persembahan tarian tradisional zapin ke,ape ke”. Lalu sekumpulan kanak2 pun masuk dengan berpakaian skirt, saya semakin pelik..kemudian muzik dibunyikan dan alangkah terkejutnya saya lagu yang dipasang ialah GANGNAM STYLE!!! dan tarian yang sama jugalah yang dipersembahkan oleh kanak2 tersebut..Saya hanya beristighfar berulang kali sambil menyuap makanan ke dalam mulut.. Sempat melihat sekeliling untuk memperhatikan reaksi  orang lain, ada yang tersenyum2 suka, ada yg tak layan dan makan je, ada yang semangat siap tangkap2 gambar lagi..saya pun cakap pada mama “kalau kecik2 dah gangnam besar2 jadi ape agaknye ye mama?” , mama pun jawab ” Besar-besar jahanam la kot!”. Agak kasar bunyinya tapi saya rasa mama sebut perkataan tu sbb hujungnya “nam” tapi saya pasti mama memaksudkannya..

Dah lama tak pulang ke tanah air, tak sangka majlis walimah sekarang macam ni, walaupun saya tahu bukan semua. Saya harus sedar hakikat inilah medan amal saya, amanah dakwah yang berat, mendidik masyarakat. Suasana di mesir ideal saya kira, tak banyak cabarannya berbanding berperang dengan kejahilan yang mengakar dalam masyarakat.

Saya teringat sebuah hadis, Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi … (riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhirnya peranan sebenar dimainkan oleh ibu bapa, batang yang bengkok tidak akan dapat menghasilkan bayang yang lurus. Jika ibu bapa tiada jati diri, mana mungkin melahirkan anak yg punya keimanan yang hebat. Senangla cakap, tak de anak lagi kan, tak tahu macam mana susahnya nak jaga/didik anak.. Saya sedar, tapi itu kepercayaan saya, dan tidak dinafikan memang mencabar bagi ibu bapa nak mendidik anak-anak zaman sekarang. Saya insaf, perlu lebih banyak perbaiki diri, agar generasi yang saya lahirkan nanti seperti Muhammad Al-Fateh..

Sebut tentang Muhammad Al-Fateh, bulan 1 haritu saya sempat menghadiri seminar parenting di masjid negeri shah alam. seminar tersebut bertajuk “Seminar Parenting Gaya Al-Fateh”. sehari suntuk saya di seminar tersebut, teringin nak kongsi dengan akhawat..InshaAllah, saya akan cuba berkongsi dalam post akan datang..dan saya nak cuba lebih rajin menulis sementara masa masih luang..

Image

The Doctor’s Oath

Bismillahirrahmanirahim

Pada tanggal 13 Oktober 2012, secara rasmi saya telah menjadi graduan Perubatan Alexandria, IUMP Class 06/12.

Dalam majlis graduasi tersebut, para graduan diminta untuk membaca Doctor’s Oath. Diketuai oleh Prof Dr.Rafiq Khalil (wakil medical syndicate tak silap).Setahu saya telah menjadi tradisi untuk para doctor graduan Alex univ. untuk membaca ikrar tersebut yang mesti diketuai oleh wakil dari medical syndicate.Kami membacanya sebanyak 2 kali, pertama dalam bahasa arab dan kemudiannya dalam English.

Sebelum berikrar, Dr Rafiq Khalil berkata:

“ Now,  all of you are our sons & daughters, after you recited this oath you are no longer sons & daughters but you are our COLLEAGUES”

(Rasa bangga sikit waktu ni..^_^)

Setelah 6 tahun berhempas pulas,tak tahu berapa baldi air mata yang tumpah, akhirnya saya telah mendapat ijazah,terasa singkat tiba-tiba 6 tahun tersebut.Walaupun saya telah maju satu tapak kehadapan dalam kehidupan ini, saya merasakan ianya hanyalah satu permulaan.Perjalanan masih lagi jauh,banyak lagi cabaran & liku-liku hidup yang menanti saya dihadapan.

Tak dapat nak diungkapkan perasaan ketika membaca sumpah tersebut melainkan rasa GERUN.Bagi saya ia adalah ikrar/janji saya di hadapan Allah atas pekerjaan saya ini.Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menjalankan amanah yang semakin berat.

Saya abadikan Sumpah ini di dalam blog sebagai peringatan buat diri..Andaikata saya mula lalai atau sekurang-kurangnya saya berasa lemah semangat, saya akan kembali menjengahnya di dalam blog untuk mengingatkan saya kepada satu ikrar yang pernah saya ungkapkan pada tarikh 13/10/2012.

 

قَسم الطبيب
Sumpah Doktor

اقَسِمُ بِاللهِ العَظِيم
Aku bersumpah dengan Allah yang Maha Agung

أَنْ أُرَاقِبَ اللَّهَ فِي مِهْنَتِي
Untuk menyedari pemerhatian Allah dalam pekerjaanku

وَأَنْ أَصُونَ حَيَاةَ الإِنْسَانِ فِي كآفَّةِ أَطْرَافِهَا، فِي كُلِّ الظُّرُوفِ وَالأَحْوَالِ
Dan memelihara nyawa manusia tidak kira peringkatnya, dalam setiap hal dan keadaan

بَاذِلاً وِسْعِي فِي إِنْقَاذِهَا مِن الهَلَاكِ والمَرَضِ والألَم والقَلق
Dengan bersungguh-sungguh menyelamatkannya daripada kebinasaan, penyakit, kesengsaraan dan kebimbangan

وَأَنْ أُحْفَظَ لِلنَّاسِ كَرَامَتَهُم، وَأَسْتُرَ عَوْرَتهُم، وَأَكْتُمَ سِرَّهُمْ
Dan menghormati kemuliaan manusia, dan menutup keaiban mereka, dan menyimpan rahasia mereka

وَأَنْ أَكُونَ عَلى الدَّوَامِ مِنْ وَسَائِلِ رَحْمَةِ اللهِ
Dan sentiasa menjadi penyalur rahmat Allah

مُسْخِراً كُلَّ رِعَايَتِي الطِّبِّيَّةِ لِلْقَرِيْبِ وَالبَعِيدِ، وَالصَّالِحِ وَالطَّالِحِ، وَالصَّدِيقِ وَالْعَدُوِّ
Bersedia memberi khidmat perubatan bagi yang dekat dan jauh, baik dan jahat, kawan dan lawan

وَأَنْ أُثَابِرَ عَلَى طَلَبِ العِلْمِ المُسْخِرِ لِنَفْعِ الإنسَانِ لاَ لِأذَاه
Dan komited dalam menuntut ilmu, berdedikasi untuk manfaat manusia, bukan untuk menyakitinya

وَأَنْ أُوَقِّرَ مَنْ عَلَّمَنِي، وأُعَلّمَ مَن يَصْغُرَنِي
Dan menjunjung guru-guruku, dan mengajar yang muda

وأكون أخاً لِكُلِّ زَميلٍ في المِهنَةِ الطِّبِّيَّةِ مُتَعَاوِنِينَ عَلى البِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan menjadi saudara bagi setiap rakan sekerja, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan

وَأَنْ تَكُونَ حَيَاتِي مِصْدَاقَ إِيمَانِي فِي سِرِّي وَعَلَانِيَتِي، نَقِيَّة مِمَّا يُشِينُهَا
Dan menjadikan hidupku sebagai pembenar imanku, dalam sembunyi dan terang, suci dari apa-apa yang mencemarinya

تِجَاهَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَالمُؤْمِنِينَ
Kerana Allah, RasulNya dan kaum mukminin

وَاللهُ عَلَى مَا أَقُولُ شَهِيد
Dan Allahlah sebagai saksi akan perkataanku ini

 

Dan akhirnya..

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah mengangkat darjat saya di sisiNya & menambahkan HidayahNya kepada saya.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi ibadah & pemberat mizan hasanat saya kelak

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi wasilah dakwah bagi saya dan semoga dengan pekerjaan ini Allah lebih memahamkan saya tentang dakwah.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah memberkati keluarga saya juga zuriat keturunan saya nanti.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini saya dapat berkhidmat kepada masyarakat terutamanya umat Islam dengan penuh Ikhlas & Ihsan.

اللهم أعني عاى ذكرك و شكرك وحسن عبادتك

Wallahu’alam..

Image

Dari Hati ke Hati

Image

Bismillah wal hamdulillah bi ni’matihi tatimmussolihat..

Dah alang2 update blog copy paste banyak sikit..:) Juga perkongsian di FB..kerana diriku ingin menulis untuk UMAT..

Hari ni macam banyak perkara nak berkongsi dengan akhawat..:)

Sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya & akhwat yang ana sayang kerana Allah…

Ramadan telah berlalu, tetapi sejauh mana kita berjaya mengubah diri kita ke arah LEBIH BAIK??? Nak tahu ramadan kita diterima atau tidak cuba lihat prestasi kita skrg?? Adakah kita kekal dengan momentum ibadah yang sama atau raya ke mana mutabaah amal ke mana??

Bagi yang sedang bercuti espcially yang tahun akhir..apa perancangan kita?? Isilah masa dengan sebaik mungkin.. masa tak banyak sebelum pulang BFG(beramal di msia) hanya SEBULAN @ 2 BULAN sahaja, yang sebenarnya tak cukup untuk kita kejar n mantapkan diri dari pelbagai sudut..Adakah kita masih berada di zon selesa??Pesanan dari murobbi ana..”manfaatkan secara optimum masa yang berbaki di Mesir utk tarbiyah diri, penguasaan ilmu tanzimi haraki dakwi tarbawi..Sediakan diri sebagai akhwat yang berketerampilan, energetik dan berwawasan. Baiki dan rawat permasalahan peribadi yang boleh mengganggu gugat keberlangsungan diri dalam Dakwah & tarbiyah”

Bagi adek2 di msia pun jangan lupa isi masa sebaik mungkin..tunaikan hak yang sepatutnya pada family, tunjukkan QUDWAH, kerana antum ialah insan yg punya TARBIYYAH..bukan orang2 biasa..Bacalah buku2 tarbiyah di sela masa yang ada..tekunkan diri dalam MUTABAAH AMAL masing2, jangan CULAS..kerana hanya dengannya HATI kita HIDUP..sampaikan kebaikan @ nasihatkanlah keluarga kita, jika mampu..kerana ini manifestasi kefahaman kita terhadap tarbiyah & dakwah..
TARBIYAH itu menggerakkan manusia..Apa erti TARBIYYAH jika PASIF!!!!

Semoga Allah sentiasa merahmati & memberikan TAUFIQ & HIDAYAHNYA pada kita..

Akhir kata ana tutup dengan..Ayat surah At-Taubah : 105

“Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Uhibbukunna Fillah..♥♥♥