Arkib

Alunan puisi

Bismillah..

Puisi itu indah

Puisi itu ekspresi diri dan emosi

Puisi itu lontaran fikrah dan pengalaman

Puisi itu satu analisis dan pengamatan kehidupan

Nasihat dari sebuah puisi penuh hikmah

Meresap ke jiwa manusia dengan mudah

Puisi juga bahan gelak ketawa

Hati digeletek pabila membacanya

Dan puisi itu seni

Pasti! Jiwa yang halus cenderung kepada bait-bait alunan puisi..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi  2 puisi yang pernah saya baca(jadi bukan karya saya la ye..), saya tertarik dengannya kerana ia sesuai dengan realiti umat kini..

Puisi yang pertama bertajuk: Aku Seorang Melayu..Image

Puisi yang kedua bertajuk: Lunaskan Agendamu

Catatan buat umat,
Hadir dari hati umat Muhammad;

Umatku,
Indahnya jika Islam terus meningkat,
Sehingga tiada yang mampu untuk menggugat,
Ketika itu, kerja kita hampir tamat,
Kita akan berehat, di syurga,
Jika kita pejuangnya.

Umatku,
Sedar dalam layu,
Bukan kerana kamu Melayu,
Tapi atas sebab agendamu kelu,
Ada, tapi tak berani bersuara,
Wujud, tapi mudah tunduk,
Mulia, tapi takut dicerca.

Umatku,
Islammu sudah sebati,
Hakmu sudah terbukti,
Maka apa yang kau tunggu?
Diberikan bendera, baru kau kibarkan,
Atau kaulah yang akan bersengkang mata menjahitnya?
Bukan buatan tangan yang lain,
Bendera yang kau teraskan,

Islam sebagai hidupmu,
Tulen dan asli,
Baik dan murni.

Umatku,
Buka mata hati yang terkatup dengan emosi,
Binalah ilmu,

Sucikan hati dan nafsu,
Kukuhkanlah jati diri murnimu
Aku mahukan kau yang dulu,
Kebaikan yang lalu
Beragenda tak malu, berundur tak mahu,
Demi agama ini,
Agama aku dan kamu.

Oleh : Sumaiyah Bt Rushdan, Tahun 1, Kuliah Perubatan Al-Azhar

*Hayati dan fahamilah makna disebaliknya..

Ya! aku bangga aku melayu

Akanku pastikan anak bangsaku tidak lagi kelu

dan musuh agamaku tertunduk membatu

dengan kebangkitan gagah agenda Melayu

Semoga Tuhan membimbing setiap langkahku..

Viva Palestina..Bukti kekejaman Mesir

Bismillahirahmanirahim…

Setelah hampir sebulan menempuh perjalanan sukar bermula 6 disember 2009  dari UK akhirnya konvoi viva palestina telah berjaya sampai di pelabuhan Arisy,Mesir pada 6 Januari 2010 dan akan terus  ke Gaza .Konvoi tersebut terdiri daripada lebih 200 buah trak yg sarat dengan makanan asas & bekalan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza.

Pelan Perjalanan konvoi: route of viva palestina

Walaubagaimanapun kerajaan mesir menghalang lebih kurang 6o trak daripada masuk untuk menyalurkan bantuan. Di sana juga telah  berlaku sedikit kekacauan apabila pasukan polis Mesir menyerang kasar dengan merejam,dan menembak gas pemedih mata kepada sukarelawan2 vivapalestina dan kemudian menahan 7 daripada mereka termasuk seorang warga Malaysia yg merupakan seorang pelajar di UK. Lebih tidak masuk akal lagi pihak berkuasa Mesir telah menghantar pulang ahli parlimen Britain George Galloway,yg merupakan aktivis pro-Palestin merangkap ketua konvoi viva palestina keluar dari  Mesir ke tanah airnya UK..

Ini merupakan satu perkara yg memalukan dan pengkhianatan besar oleh jiran terdekat Palestin sendiri…Adakah kita masih nak berdiam diri?? Kalau nak diikutkan ini ialah bantuan kemanusian daripada org bukan Islam yg bersatu atas dasar “solidariti & kemanusiaan” kepada Palestin,tapi malangnya NEGARA2 ISLAM ataupun UMAT2 ISLAM tak mampu untuk bersatu atas dasar yg lebih kuat iaitu AQIDAH & UKHUWWAH untuk membantu Palestin…Alangkah malangnya… jgn ditanya “mata nasrullah?(di manakah bantuan Allah?)” jika kita sendiri tidak berusaha untuk ubah diri kita dalam membantu Palestin,masakan Allah akan bantu kita..”Allah tak ubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib diri mereka sendiri”..Marilah BERSATU..(ade maksud tersirat ke..^_^)

Alhamdulillah, setelah menghadapi byk mehnah & tribulasi akhirnya bantuan berjaya sampai ke Gaza pd 7/1/2010 yg lalu…seperti Allah telah katakan dalam Alquran “Allah akan tetap menyempurnakan cahayanya walaupun org2 kafir membencinya”

Kalo kwn2 nak tau cerita detail bole la ke:

palestinkini

vivapalestina

Syahid kerana Hijab

Marwa El-Sherbeni dan keluarganya

Marwa El-Sherbeni dan keluarganya

Bismillahirahmanrahim…

Pada Isnin(6/7) yang lalu,ana baru sahaja selesai exam Histology.Seperti biasa selepas exam balik rumah. Kemudian,selepas zohor ana perasan macam ade muzaharot di jalan depan rumah ana,berhampiran dengan Gami’ Ibrahim.Ana pun terus ke balkoni untuk melihat kejadian,nampak ramai orang berjalan..siap ade cameraman lagi..Pelik jugak perasaan pada waktu itu. “Ape yang berlaku??” detik hati.Tidak lama kemudian bile suasana agak surut ana pun turun dan bertanya pada bawab imarah kami( A’wadh). Dia menceritakan tentang seorang warga Mesir di German telah dibunuh kerana memakai tudung…

Bagi ana ini ialah  isu yang mengemparkan bagi umat Islam ketika ini.Walaupun masing-masing sibuk dengan exam jangan pula kita sampai tidak menghiraukan hal-hal yang berlaku disekeliling kita.Tambah pula hal tentang saudara seakidah kita.

Marwa El-Sherbeni,32 tahun, ibu kepada seorang anak yang berusia 3 tahun merupakan warganegara Mesir yang tinggal di German.Beliau telah ditikam sebanyak 18 kali oleh Axel W seorang warganegara German di mahkamah. Kejadian bermula pada tahun lalu,apabila Marwa membawa anak lelakinya bermain di sebuah taman. Seorang pemuda kemudian telah memanggil beliau sebagai ‘Terrorist” kerana beliau memakai tudung.Melalui pembacaan ana, ade juga mengatakan lelaki itu pernah cuba menanggalkan tudung yang dipakai oleh Sherbeni. Kemudian Sherbeni telah memfailkan kes ini  ke mahkamah.Beliau menang dan Axel W, diminta untuk membayar pampasan sebanyak 750 Euro. Pemuda itu kemudian membuat rayuan di mahkamah dan ketika mahkamah bersidang, dia telah menikam mangsa yang sedang mengandung 3 bulan sebanyak 18 kali.

Nampaknya Barat telah berjaya menerapkan sentimen ‘Islam=terrorist’ di kalangan penduduk mereka sehingga telah menyebabkan seorang wanita Islam terbunuh.Tetapi,di sini jelas kita dapat lihat siapakah yang sebenarnya “terrorist”? Ia cuma satu proganda barat untuk meluaskan ‘islamiphobia’. Syeikh Tantawi sendiri mengikut berita yang ana baca semalam mengecam tindakan lelaki tersebut sambil mengatakan inilah yang dikatakan ‘Pengganas’. Beliau kemudian menggesa supaya dia dikenakan hukuman yang Super Berat! Sebaliknya, ahli keluarga mangsa telah melahirkan rasa tidak puas hati atas kelemahan pihak embassy Mesir di German dalam memainkan peranan berkaitan isu ini.Ya..mungkin kerajaan mesir perlu menjadi lebih protective terhadap rakyatnya sendiri..

Terfikir juga bagaimana  Sherbeni boleh dibiarkan ditikam sebanyak 18 kali sedangkan beliau berada di dalam Court yang dikelilingi oleh ramai polis , dan  bagaimana pula pisau boleh dibawa masuk ke dalam mahkamah? hmm..pelik jugak kan!

demonstrasi yang diadakan di Cairo beberapa hari lalu berikutan kes ini

demonstrasi yang diadakan di Cairo beberapa hari lalu berikutan kes ini

Apepun, mari kita sedekah kan Al-fatihah kepada Al-marhumah dan semoga roh Marwa El-Sherbeni tergolong dikalangan para syuhada dan orang2 yang soleh..

Peringatan buat diri..

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur; dan di antara mereka ada pula yang masih menunggu-nunggu dan mereka tidak sedikit pun merubah janjinya”  [Al-Ahzab:23]

Palestinku berdarah lagi

masjid Al-Aqsa kota suci ke-3 umat Islam

masjid Al-Aqsa kota suci ke-3 umat Islam

Bismillahirahmanrahim…

alhamdulillah, bersyukur rasenya majlis solat hajat untuk saudara seislam kita di Palestin berjalan yang diadakan di rumah ana berjalan dengan lancar.Selain solat hajat,bacaan yaasin,solat jenazah ghaib dan tazkirah ringkas juga turut diadakan.Seronok jugak sebab kehadiran memuaskan,lebih kurang 23 org yang hadir untuk kawasan azarita,alhamdulillah ramai yang dah ada kesedaran dan peduli tentang Palestin.

Tiba-tiba ana teringat sepotong hadith daripada junjungan kita S.A.W:

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran & berjuang menentang musuh-musuh mereka,barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak akan sekali-kali dapat melukakan mereka ,mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehingga datang keputusan Allah & mereka akan tetap sedemikian” ,Maka para sahabat pun bertanya,”Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?” , sabda baginda”Mereka berda di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”

Sesungguhnya kata-kata kekasih Allah memang benar,kerana sememangnya itulah yang berlaku,sehebat mana bedilan bom oleh Yahudi Laknatullah,tak akan dapat melemahkan rakyat Palestin,malah semakin meledak semangat mereka.Mereka tak pernah berputus asa mahupun melarikan diri walaupun negara-negara Arab sendiri tidak membantu mereka,kerana mereka yakin dengan bantuan Allah.

Dan ana juga teringat tentang sepotong hadith Nabi S.A.W:

“Barangsiapa yang tidak peduli tentang urusan orang mukmin,maka mereka bukan daripada kalangannya”

Keadaan di mesir sama sekali berbeza dengan keadaan di tanah air,rasenye dalam masa seminggu ini sahaja telah banyak demonstrasi yang berlaku untuk menunjukkan bangkangan mereka terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan Israel.Selepas Jumaat tadi pun ada demonstrasi yang berlaku di hadapan rumah ana di Gami’ Ibrahim.Disini kita dapat lihat tahap kepedulian masyarakat Mesir terhadap Isu Umat Islam berbanding masyarakat Malaysia.Laungan-laungan yang diseru sangat membangkitkan semangat! Sekalipun ana tidak begitu memahami butir bicara itu,tapi jelas kelihatan wajah kesatuan umat…

Sehingga hari ini telah genap hari ke-7  regim zionis membedil Gaza dan angka kematian mencapai 428 orang. Allahumma nsuri ikhwana fi filistin..

Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan

Seorang wanita Palestin di Gaza yang cedera parah sedang dikejarkan ke hospital al Shifa untuk rawatan

Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..

Keadaan terkini di Gaza sekarang. Hancur musnah..

Ana juga terfikir tentang diri sendiri dan umat. Rakyat Malaysia mungkin menyambut tahun baru dengan percikan bunga api tetapi rakyat palestin menyambut tahun baru dengan bedilan bom yang tak henti-henti.Saudara kita di Palestin sangat suka dan bersemangat menuntut ilmu sekalipun dikekang,tetapi remaja Islam di Malaysia tidak mahu belajar walaupun  tiada sebarang  tekanan yang di hadapi.

Dan sesungguhnya Palestinku berdarah lagi dan siapakah yang bakal menghentikan pendarahan ini? Siapa lagi kalau bukan pemuda pemudi zaman ini, pemuda seperti Salehuddin Al-ayubi…

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”