Arkib

The Doctor’s Oath

Bismillahirrahmanirahim

Pada tanggal 13 Oktober 2012, secara rasmi saya telah menjadi graduan Perubatan Alexandria, IUMP Class 06/12.

Dalam majlis graduasi tersebut, para graduan diminta untuk membaca Doctor’s Oath. Diketuai oleh Prof Dr.Rafiq Khalil (wakil medical syndicate tak silap).Setahu saya telah menjadi tradisi untuk para doctor graduan Alex univ. untuk membaca ikrar tersebut yang mesti diketuai oleh wakil dari medical syndicate.Kami membacanya sebanyak 2 kali, pertama dalam bahasa arab dan kemudiannya dalam English.

Sebelum berikrar, Dr Rafiq Khalil berkata:

“ Now,  all of you are our sons & daughters, after you recited this oath you are no longer sons & daughters but you are our COLLEAGUES”

(Rasa bangga sikit waktu ni..^_^)

Setelah 6 tahun berhempas pulas,tak tahu berapa baldi air mata yang tumpah, akhirnya saya telah mendapat ijazah,terasa singkat tiba-tiba 6 tahun tersebut.Walaupun saya telah maju satu tapak kehadapan dalam kehidupan ini, saya merasakan ianya hanyalah satu permulaan.Perjalanan masih lagi jauh,banyak lagi cabaran & liku-liku hidup yang menanti saya dihadapan.

Tak dapat nak diungkapkan perasaan ketika membaca sumpah tersebut melainkan rasa GERUN.Bagi saya ia adalah ikrar/janji saya di hadapan Allah atas pekerjaan saya ini.Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menjalankan amanah yang semakin berat.

Saya abadikan Sumpah ini di dalam blog sebagai peringatan buat diri..Andaikata saya mula lalai atau sekurang-kurangnya saya berasa lemah semangat, saya akan kembali menjengahnya di dalam blog untuk mengingatkan saya kepada satu ikrar yang pernah saya ungkapkan pada tarikh 13/10/2012.

 

قَسم الطبيب
Sumpah Doktor

اقَسِمُ بِاللهِ العَظِيم
Aku bersumpah dengan Allah yang Maha Agung

أَنْ أُرَاقِبَ اللَّهَ فِي مِهْنَتِي
Untuk menyedari pemerhatian Allah dalam pekerjaanku

وَأَنْ أَصُونَ حَيَاةَ الإِنْسَانِ فِي كآفَّةِ أَطْرَافِهَا، فِي كُلِّ الظُّرُوفِ وَالأَحْوَالِ
Dan memelihara nyawa manusia tidak kira peringkatnya, dalam setiap hal dan keadaan

بَاذِلاً وِسْعِي فِي إِنْقَاذِهَا مِن الهَلَاكِ والمَرَضِ والألَم والقَلق
Dengan bersungguh-sungguh menyelamatkannya daripada kebinasaan, penyakit, kesengsaraan dan kebimbangan

وَأَنْ أُحْفَظَ لِلنَّاسِ كَرَامَتَهُم، وَأَسْتُرَ عَوْرَتهُم، وَأَكْتُمَ سِرَّهُمْ
Dan menghormati kemuliaan manusia, dan menutup keaiban mereka, dan menyimpan rahasia mereka

وَأَنْ أَكُونَ عَلى الدَّوَامِ مِنْ وَسَائِلِ رَحْمَةِ اللهِ
Dan sentiasa menjadi penyalur rahmat Allah

مُسْخِراً كُلَّ رِعَايَتِي الطِّبِّيَّةِ لِلْقَرِيْبِ وَالبَعِيدِ، وَالصَّالِحِ وَالطَّالِحِ، وَالصَّدِيقِ وَالْعَدُوِّ
Bersedia memberi khidmat perubatan bagi yang dekat dan jauh, baik dan jahat, kawan dan lawan

وَأَنْ أُثَابِرَ عَلَى طَلَبِ العِلْمِ المُسْخِرِ لِنَفْعِ الإنسَانِ لاَ لِأذَاه
Dan komited dalam menuntut ilmu, berdedikasi untuk manfaat manusia, bukan untuk menyakitinya

وَأَنْ أُوَقِّرَ مَنْ عَلَّمَنِي، وأُعَلّمَ مَن يَصْغُرَنِي
Dan menjunjung guru-guruku, dan mengajar yang muda

وأكون أخاً لِكُلِّ زَميلٍ في المِهنَةِ الطِّبِّيَّةِ مُتَعَاوِنِينَ عَلى البِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan menjadi saudara bagi setiap rakan sekerja, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan

وَأَنْ تَكُونَ حَيَاتِي مِصْدَاقَ إِيمَانِي فِي سِرِّي وَعَلَانِيَتِي، نَقِيَّة مِمَّا يُشِينُهَا
Dan menjadikan hidupku sebagai pembenar imanku, dalam sembunyi dan terang, suci dari apa-apa yang mencemarinya

تِجَاهَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَالمُؤْمِنِينَ
Kerana Allah, RasulNya dan kaum mukminin

وَاللهُ عَلَى مَا أَقُولُ شَهِيد
Dan Allahlah sebagai saksi akan perkataanku ini

 

Dan akhirnya..

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah mengangkat darjat saya di sisiNya & menambahkan HidayahNya kepada saya.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi ibadah & pemberat mizan hasanat saya kelak

Saya niatkan dengan pekerjaan ini menjadi wasilah dakwah bagi saya dan semoga dengan pekerjaan ini Allah lebih memahamkan saya tentang dakwah.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini Allah memberkati keluarga saya juga zuriat keturunan saya nanti.

Saya niatkan dengan pekerjaan ini saya dapat berkhidmat kepada masyarakat terutamanya umat Islam dengan penuh Ikhlas & Ihsan.

اللهم أعني عاى ذكرك و شكرك وحسن عبادتك

Wallahu’alam..

Image

Advertisements

Finally…

mujahadah1

Bismillahirahmnirahim…

Finally, hari ni ade kekuatan untuk update blog ni,setelah berbulan-bulan ditinggalkan sepi tanpa sebarang entri yang baru..Hehe..

Nak cakap pasal ape ek..Tipulah kalo ana katakan tiada ape2 yang berlaku dalam masa 4 bulan ana tak update. Terlampau banyak yang nak diceritakan,tapi ana bukan jenis org yang pandai bercerita sangat,kalo bagi kat jojie ni,sure tak berenti dia bercerita..Yang pastinya exam dah dekat, “just around d corner”..lagi 14 hari..Fuhh,macam tak percaya je, cepat betul masa berlalu.Next sem dah masuk tahun 4=Clinical Year, mencabarnye..

InsyaAllah tahun ini,ana tak balik Malaysia, akan terus duduk di Mesir menimba ilmu sebanyak mana yang boleh. Ana datang ke sini atas  hadaf & misi2 yg tertentu,dan masih lagi belum tercapai..Rabbuna musta’an..

Bumi mesir memang bumi bertuah, kerana di sinilah lubuk dakwah & tarbiyah, dan di sini lah ana mengenal tarbiyah yang sebenar, mengetahui fungsi diri kepada umat sejagat, menyelami hati-hati manusia,menyemai benih-benih ukhwah fillah,belajar tentang erti pengorbanan..nikmat yang terhingga dan paling ana syukuri..segala puji-pujian hanya padaMu Allah.

Jadi dengan cara apa nak menunjukkan kesyukuran ini??..MUJAHADAH!!..MUJAHADAH!!..untuk final exam ini…Because of You Allah & only You..

Tetiba teringat kata2 Mursyid Am Ikhwan-ustaz Mahdi Aqif  yang menyeru agar kita menjadi seorang akh/ukhti yang mutafawwiqin & mutamayyizin..itulah yang dikehendaki oleh Islam,menjadi orang yang cemerlang dan ada kelainan atau keistimewaan yang tersendiri bebanding orang lain..

Rasenye itu sahaja kali ini,saje2 menulis untuk memotivasikan diri sendiri…BERUSAHA Atie!!!…

“maka sungguh setelah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”

{Al-Insyirah:5-6}

salam mujahadah

wassalam..

Imtihan vs inflammation

ikhwanifiimtihan1280x8001

Examinitis! Inflamation yg berlaku pada fatrah imtihan.Hehe..Kalo cari memang takde dalam mane-mane kamus Medic.Tapi,kalau cari kat kamus hidup ana mungkin jumpa! Inilah yang melanda diri sejak beberapa hari yang lalu,walaubagaimanapun masih lagi di tahap stabil,maksudnya tiada sebarang komplikasi lagi..alhamdulillah

Exam memang menakutkan! Ada seorang ukhti pernah bagi satu ayat yang buat ana berfikir panjang…

“Dan apa-apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu,tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan”

[Al-Baqarah:110]

Kadang-kadang apa yang buat kita takut@nervous@seghiau sebenarnya ialah ble kite fikir tentang ‘result’ atau dalam perkataan lain” aku mesti kene skor exam  ni..”. So,bila ana tadabbur semula ayat ni,apa yang ana dapat simpulkan ialah ‘usaha’ ialah perkara yang super penting dan Allah Maha Melihat dan memberikan ganjaran atas setiap usaha yang kita curahkan…manakala ‘natijah’ itu hanyalah urusan Allah… Bila set mind macam tu,kita akan rase relief siket sebab bukan ‘result’ lah yang segala-galanya,tapi ganjaran di sisi Allah lah yang lebih awla dan indah dari segala-galanya..To be honest,sebenarnya,dah lama tahu perkara ni tapi selalu jugak lupe…Huhu(=<)

Mungkin post kali ini ialah peringatan untuk ana buat kesekian kalinya dan juga peringatan buat pembaca post  ini.

“ Allahumma najjihna fi kulli imtihan(3x) “

Semoga Allah memberikan ana kejayaan di DUNIA & AKHIRAT…

Hamba yg selalu lupa

Hujan Assignment?

sediakan payung sebelum hujan..(^_^)

sediakan payung sebelum hujan..(^_^)

Bismillahrahmanrahim…

Rase-rasenya ape yang ana nak tulis dalam kali ni ek! Ntahla.. mungkin di Malaysia kita kerapkali dengar tentang musim hujan especially kalau hujung tahun mesti ada negeri yang akan banjir, eg:Kelantan.Tetapi Di Alexandria lain pulak ceritanya, kami sume dihujani dan dibanjri dengan ‘assignment’ yang tak henti-henti.Fuh! letih jugak sebenarnya buat assignment banyak-banyak ni.. tension pun ade jugak kadang-kadang tu. Tapi kalau dilihat dari sudut yang positif ada banyak jugak kebaikannya buat assignment,contohnya buat kita lebih ‘think out of the box’ takdela baca buku department je dan juga buat kita belajar untuk researh dan cari maklumat extra from other sources. Perkara ini penting sebagai seorang Dr sebab  Medic is all about life-long learning,bukan terhenti setakat habis degree sahaja.Kita sebagai Dr perlu sentiasa up to date dengan perkembangan perubatan terkini in order to serve the best for our patient. Dalam erti kata lain kita perlu ihsan dalam bidang yang kita ceburi ini..bukan setakat menjadi Dr biasa but an extraordinary Muslim Doctor.Buat sehabis baik untuk pesakit kita nanti,semoga Allah pun memberikan kita ganjaran yang terbaik atas usaha yang kita lakukan itu.

Tapi kita pun janganla up to date dalam Medic sahaja,perlu juga tambah nilai diri dari segi manhaj hidup iaitu Islam.Janganlah merawat pesakit secara fizikal saje kerana hati juga penting untuk dirawat. Hadith nabi S.A.W ada menyebut:

“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging,apabila ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya.Apabila ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya”

(riwayat Bukhari & Muslim)

Berbalik kepada isu assignment tadi,memang bile terlalu banyak perkara yang kite perlu buat dalam masa yang sama kite cenderung untuk rase ‘tension’.Walaubagaimanapun kita harus ingat sunnatullah mengatakan sesuatu kejayaan bukan diperoleh dengan mudah.

“Maka sungguh,setelah kesultan itu ada kemudahan(5) Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan(6)”

(Al-Insyirah:5-6)

Oleh itu,jadikanlah ayat ni sebagai motivasi kita..