Arkib

Bingkisan “Parenting Gaya Al-Fateh”

Bismillah..

Dalam post sebelum ini saya ada kata nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari seminar mendidik anak gaya Al-fateh,maka post saya kali ini ialah untuk menunaikan janji tersebut..:)

Tapi sebelum ke topic tu saya nak kongsikan perkara lain dulu..^_^

Inspirasi

Sebelum pulang ke Malaysia saya sempat menziarahi rumah akhawat IM yang saya kenali bernama Ummu Yumna di Heliopolis (Masr Al-jadid) , seorang full timer IM,isteri seorang engineer Khaled Ad-demery, ibu kepada 4orang cahayamata bernama Yumna, Hamzah,Abu Bakr dan Sarah. Dalam ziarah tersebut saya memohon nasihat sebelum keberangkatan saya pulang ke tanah air.Banyak juga yang saya tanyakan, dan antaranya ialah : Ummu Yumna saya kagum sangat melihat cara kamu mendidik anak2 kamu, sangat lembut dan anak2 kamu juga baik2 semuanya.Bagaimana cara kamu mendidik anak2 kamu ya?.. Selepas tu Ummu Yumna pun menjawab; “ Ketika saya hampir berkahwin saya banyak membaca buku-buku berkaitan perkahwinan dan ketika saya mengandungkan Yumna(anak pertamanya) saya banyak membaca buku dan menghadiri daurah(kursus) berkaitan parenting/tarbiyah anak-anak, dan kamu jangan putus asa, bila kamu baca buku & dengar daurah, bukan kamu akan dapat semua, kerana  ia perlu kepada latihan dan praktis, dari situ kamu akan bertambah ilmu sikit demi sedikit.” Saya terkesima dan kagum dengan jawapannya.

Memang saya mengakui Ummu Yumna punya gaya tersendiri dalam mendidik anak-anak, pada hujung minggu dia akn memanggil seorang guru untuk datang ke rumah untuk tasmik hafazan anak-anaknya.Mereka saya lihat aktif, pandai bersosial, tertib,dan kelihatan punya keyakinan diri(self esteem) yang baik. Jika cuti sekolah anak2nya akan dihantar ke kem-kem yang bermanfaat,ada sekali  beliau bercerita dlm  salah satu kem tersebut anak bongsunya belajar memasak, tolong orang-orang susah dsb. Bayangkan anak2 lelaki yang berumur sekolah rendah dah lebih 5 kali mendaki gunung Sinai sbb mereka suka mendaki gunung katanya, dan seingat saya antara sebab beliau pindah ke Heliopolis(sblm ni duduk di area madinat nasr) adalah sbb dekat dengan kelab Heliopolis. Di kelab tersebut, anak-anaknya akan bersukan & beraktiviti selepas sekolah dan anaknya boleh berjalan kaki sendiri ke tempat tersebut. Apa yang boleh saya katakan dia mendidik anak dari segenap segi: rohani, akademik, jasmani dan sosial..Saya rasa di sinilah antara titik tolak bagaimana tercetus idea untuk menambah ilmu sedikit sebanyak tentang parenting. Tapi saya rasa inipun antara minat saya, saya pun pelik dengan diri sendiri, dalam banyak-banyak benda kenapa saya suka dgn perkara-perkara  berkaitan kanak2, keibubapaan.Tak tahu berapa lama minat ni akan bertahan tapi selagi mana ada saya akan cuba memanfaatkan minat tersebut..:)

Image

Saya & ummu Yumna di konsert Palestin anjuran ISMA-Mesir di Kaherah November tahun lalu.

Selepas saya sampai Malaysia saya pun google tentang kursus parenting, dan kemudian saya terjumpa dengan kursus parenting gaya Al-fateh dan mendaftarkan dan di sinilah permulaan langkah saya untuk melahirkan seorang Muhammad Al-fateh..Besar cita-cita tu.Hehe..;)

Panjang pulak intro, saja nak berkongsi perkara yang menjadi inspirasi saya dan saya rasa ada mesej penting yang disampaikan oleh Ummu Yumna tersebut sebab saya pernah terdengar kata-kata yang menyebut “ tanpa ilmu kita tidak dapat membesarkan anak-anak”. Ramai di kalangan kita merasakan skill keibubapaan ini akan datang by nature setelah kita menjadi ibu bapa tapi itu sebenarnya tidak tepat.Stephen R.Covey ada menyebut dalam bukunya “Men from Mars, Women From Venus & Children from Heaven” cara mendidik anak zaman dulu dan sekarang berbeza, dan ia memerlukan kita belajar dan mempunyai ilmu tentangnya, jika tidak kita akan mengulangi cara kita atau ibu bapa kita dididik kerana itu sahaja yang kita tahu dan pernah lalui. Albert Einstein pernah berkata: “Insanity is doing the same thing, over and over again, but expecting different results”. Mana mungkin mengimpikan anak menjadi seorang yang hebat tapi menggunakan cara yang sama sahaja. Bukan maksudnya cara lama tu outdated dan tak boleh pakai langsung tetapi kita kena mempelbagai & meng’explore’ cara-cara baru..:) Saya pun takdela pandai sangat, takde anak pun lagi..hehe..tapi macam tu lah lebih kurang..

Back to the discussion!

Dalam seminar tersebut Ust Muhammad Syaari membentang  hasil kajiannya tentang Muhammad Al-Fateh..

Anak merupakan aset penting dan kita tidak boleh mengharapkan seorang anak untuk menjadi seorang  yang hebat secara spontan, tetapi ia memerlukan perancangan sejak dari dalam perut lagi..Ada pelbagai tips yang dikongsikan oleh ust, tapi saya tak mampu nak ceritakan semuanya kerana terlampau panjang dan sejarah keperibadian Muhammad Alfateh adalah sangat HEBAT!!!

5 persoalan yang ditanyakan oleh ust kepada audien yang merupakan teras kejayaan Al-fateh:

Wawasan

ImageSejauh mana serius mendidik anak2 sejak dari rumah? Kerana umur 0-6 tahun merupakan waktu paling kritikal dalam proses pembelajaran anak2 terutamanya 2 tahun pertama. Sejauh mana kita mengajar mereka mewarna, bercakap, melukis, membaca. Tapi apa yang paling penting yang menarik hati saya ialah bagaimana ibu Muhammad AlFateh bernama Humahaton menanamkan wawasan kepada anaknya sejak dari kecil. Inilah yang dikatakan “creating a mental image” dalam diri anak2. Saya juga  pernah terbaca dalam  buku “Bring Out The Genius In Your Child” di bawah tajuk: ‘How Children’s learn’ menyatakan beberapa cara kanak-kanak belajar dan salah satunya ‘the creation of mental images’ di mana apabila kanak-kanak menggunakan pancaindera seperti melihat,mendengar, menyentuh mereka akan merekodkannya dan ia menjadi satu gambaran dalam minda. Baru saya faham kenapa salah satu kaedah untuk mengajar kanak-kanak ialah dengan menggunakan ‘falshcard’.

Jadi apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Huma Haton ini?? Alkisahnya, ketika Al-fateh masih lagi bayi, setiap pagi ibunya akan membawa  beliau ke tebing laut menghadap ke arah Kota Konstantinopel dan akan membacakan hadis Nabi SAW:

لَتُفتحنّ القَسطنطِنيَّة فَلَنِعمَ الأَمِيرُ أَمِيرٌها و لَنِعمَ الجَيشٌ ذلِكَ الجَيشُ

“Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera … ” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Kemudian Huma haton berkata kepada Muhammad Al-Fateh: Kamulah wahai Muhammad yang akan membuka kota ini sepertimana yang disabdakan oleh Nabi SAW.Perkara yang sama ini dilakukan dan diulang setiap pagi oleh ibunya. Huma Haton juga memainkan peranan mendekatkan Al-Fateh dengan buku-buku dan tokoh-tokoh pahlawan. Dengan inilah ibunya telah berjaya mental image yang baik kepada anaknya, yang tanpa disangka, beliau benar-benar menjadi Raja yang membuka Kota kebal tersebut..

Murobbi

Kemudian kita ke persoalan yang ke-2: Sejauh mana anak2 kita ada seorang syeikh/murabbi yang akan mendidik sikap, attitude dan syakhsiahnya?? Dalam sejarah Alfateh murabbinya memainkan peranan penting dalam kejayaan beliau.Hakikatnya, Alfateh bukanlah pilihan pertama Sultan Murad (ayahnya)sebagai pewaris.Pilihan sultan Murad adalah 2 abangnya bernama Ahmad dan Alaudin,tetapi Allah mentaqdirkan mereka berdua meninggal dunia, maka sultan Murad tiada pilihan dan dia perlu mendidik anaknya yang paling nakal supaya layak untuk mewarisi takhtanya. Diceritakan ada 30-40 guru dipanggil untuk mengajar Fateh tapi semua gagal, maka Sultan Murad mencari lagi sehingga bertemu syeikh yang hebat bernama Mullah Gurani dan baginda memberikan beliau rotan utk digunakan jika perlu. Dari situlah bermula pendidikan Al-fateh pembuka Kota  Konstantinopel, seorang yang nakal dan degil tetapi keras kemahuannya. Di sini menunjukkan betapa penting wujudnya seorang murabbi dalam mendidik anak-anak. Jika tiada murabbi maka ibubapalah yang seharusnya menjadi syeikh kepada anak-anak tersebut.

Seimbang

Persoalan ketiga yang ditanya oleh ust ialah: Sejauh mana anak2 dididik dengan kurikulum yang seimbang? Jika kita kembali kepada sejarah  zaman dahulu iaitu Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, sistem pendidikn pada ketika itu dimulakan dengan Quran & spiritual sciences yang lain seperti hadis, syariah dan akhlak kemudian barulah mereka diajar intellectual sciences seperti matematik, sains dan macam-macam ilmu yang lain. Selain itu kurikulum yang ditekankan perlulah seimbang antara otak kiri dan otak kanan. Latihlah anak kita untuk berpidato dan jinakkan anak-anak  dengan sastera kerana sastera melatih kanak-kanak untuk mengungkapkan emosi dengan bahasa yang baik. Pemuda yang bernama Muhammad Alfateh ini merupakan seorang pemidato & penyair yang hebat dan beliau telah menulis 66 sajak.

Image

Outdoor Activities

Persoalan keempat pula ialah: Sejauh mana anak-anak melibatkan diri dalam outdoor activity & ilmu pertahanan diri. Satu hakikat yang perlu diketahui ialah kanak-kanak belajar dengan bermain. Selain itu ust juga berkata benarkan anak-anak untuk buat kesalahan dan belajar dari kesalahan sendiri. Sultan Murad sangat mementingkan pendidikan ketenteraan  Al-Fateh. Baginda mengajar Fateh menunggang kuda, memanah & berpedang. Sultan juga selalu mangajak Fateh untuk ikut serta baginda dalam setiap peperangan baginda dan telah menurunkan kesemua ilmu peperangan kepada beliau. Maka dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti2 luar seperti perkhemahan, seni pertahanan diri, kepimpinan organisasi dll. Selain itu bawalah anak-anak dalam aktiviti-aktiviti kita supaya mereka dapat belajar dan melihat sendiri contoh dari kita.

Suasana

Persoalan yang terakhir ialah suasana/ biah. Fateh dilahirkan dalam suasana ilmu dan beliau dibesarkan dengan aspirasi jihad & perjuangan yang diwarisi dari ayah & datuknya dan beliau sentiasa melihat ayahnya sibuk di medan jihad.Maka peranan kita ialah membina atau menyediakan suasana yang baik untuk anak-anak.Pilih sekolah yang baik, join NAZIM supaya bersahabat dengan sahabat yang baik dsb. Dan tidak lupa juga berdakwahlah dalam masyarakat supaya akhirnya kita dapat membina biah yang sempurna secara keseluruhannya..

ImageKesimpulan

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat dari seminar tersebut dan saya nak nukilkan dengan kata2 ust Syaari:

Didiklah anakmu..

Dengan mempunyai WAWASAN maka kamulah Huma Haton ketika itu

Dengan menunjukkan TELADAN maka kamulah Sultan Murad ketika itu

Dengan ilmu SIKAP & HORMAT maka kamulah Mullah Gurani  ketika itu

Dengan ilmu SAINS maka kamulah Zaganosh Basya ketika itu

Dengan ilmu SPIRITUAL maka kamulah Syeikh Aq Syamsuddin ketika itu..

Akhir kata, saya harap post ini memberikan manfaat kepada pembaca dan saya berdoa agar Allah menjadikan amal  ini sebagai pemberat mizan hasanat saya di akhirat kelak..Amin..

*Dalam seminar tersebut saya berjumpa dengan beberapa akhawat Shah Alam, termasuk  ex-mesir kak Fizah Nasir(Ummu Khaled) yang membawa anak ke-2nya yang bernama Muhammad Al-Fateh..:)