Arkib

Alunan puisi

Bismillah..

Puisi itu indah

Puisi itu ekspresi diri dan emosi

Puisi itu lontaran fikrah dan pengalaman

Puisi itu satu analisis dan pengamatan kehidupan

Nasihat dari sebuah puisi penuh hikmah

Meresap ke jiwa manusia dengan mudah

Puisi juga bahan gelak ketawa

Hati digeletek pabila membacanya

Dan puisi itu seni

Pasti! Jiwa yang halus cenderung kepada bait-bait alunan puisi..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi  2 puisi yang pernah saya baca(jadi bukan karya saya la ye..), saya tertarik dengannya kerana ia sesuai dengan realiti umat kini..

Puisi yang pertama bertajuk: Aku Seorang Melayu..Image

Puisi yang kedua bertajuk: Lunaskan Agendamu

Catatan buat umat,
Hadir dari hati umat Muhammad;

Umatku,
Indahnya jika Islam terus meningkat,
Sehingga tiada yang mampu untuk menggugat,
Ketika itu, kerja kita hampir tamat,
Kita akan berehat, di syurga,
Jika kita pejuangnya.

Umatku,
Sedar dalam layu,
Bukan kerana kamu Melayu,
Tapi atas sebab agendamu kelu,
Ada, tapi tak berani bersuara,
Wujud, tapi mudah tunduk,
Mulia, tapi takut dicerca.

Umatku,
Islammu sudah sebati,
Hakmu sudah terbukti,
Maka apa yang kau tunggu?
Diberikan bendera, baru kau kibarkan,
Atau kaulah yang akan bersengkang mata menjahitnya?
Bukan buatan tangan yang lain,
Bendera yang kau teraskan,

Islam sebagai hidupmu,
Tulen dan asli,
Baik dan murni.

Umatku,
Buka mata hati yang terkatup dengan emosi,
Binalah ilmu,

Sucikan hati dan nafsu,
Kukuhkanlah jati diri murnimu
Aku mahukan kau yang dulu,
Kebaikan yang lalu
Beragenda tak malu, berundur tak mahu,
Demi agama ini,
Agama aku dan kamu.

Oleh : Sumaiyah Bt Rushdan, Tahun 1, Kuliah Perubatan Al-Azhar

*Hayati dan fahamilah makna disebaliknya..

Ya! aku bangga aku melayu

Akanku pastikan anak bangsaku tidak lagi kelu

dan musuh agamaku tertunduk membatu

dengan kebangkitan gagah agenda Melayu

Semoga Tuhan membimbing setiap langkahku..